LEVEL SIX (Keningau)

Gagar, sajuk, dan kabak kabak, itulah perasaan yang di alami oleh anak anak jati daerah Keningau ini. Mereka antara peserta yang berentap di pentas BATTLE OF THE BAND yang telah berlangsung baru baru ini di pentas terbuka KDCA.

Anak anak seni Keningau ini memberanikan diri naik ke pentas battle yang menawarkan hadiah wang tunai mencecah RM10,000. Bersaing dengan pemuzik hebat dan jauh berpengalaman agak mustahil bagi mereka.

Siapa sangka, berkat doa serta sokongan padu dari KMG (Keningau Music Group) serta keluarga yang hadir mahupun yang melihat secara LIVE FB pada malam itu, LEVEL SIX telah dinobatkan sebagai NAIB JUARA. Sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3000.

Bukan itu sahaja, pemain drum serta keyboard mereka telah dianugerahkan pemain terbaik pada malam itu.

Inilah yang selalu terjadi bila mana sesuatu kejayaan itu datang tanpa disangka sangka. Apatah lagi dalam gelanggang pertandingan. Disaat saingan yang cukup hebat, kelebihan anda telah di nilai oleh juri yang berpengalaman serta tahu akan kehebatan seseorang pemuzik itu. Apa yang penting adalah ikhlas dan kerjasama berpasukan dalam bertanding.

Ditmbah lagi dengan sokongan padu rakan rakan yang datang jauh tanpa mengenal erti penat dan rugi. Semangat inilah yang harus dikekalkan dalam membina jatidiri serta atitude di atas pentas.Tahniah sekali lagi atas kejayaan membawa nama Keningau di arena muzik tempatan.