POSEIDON baru sahaja selesai membuat persembahan dihadapan 1000 orang pelari acara tahunan 7k Charity Run anjuran Sutera Harbour. Ini merupakan acara tahunan yang menjadi penantian para pelari pelari tempatan mahupun antarabangsa.  Acara larian ini menyediakan jarak yang tidak begitu jauh. Boleh dikatakan ianya sesuai untuk semua golongan, khususnya family. Boleh juga dikatakan, ianya merupakan acara riadah keluarga yang berjaya dianjurkan oleh Hotel bertaraf 5 bintang tersebut.

Poseidon yang di anggotai oleh Kay, Hafiz, Hasdee, Nai, Romi & Ramzul. Mereka telah tampil dengan 3 buah lagu iaitu WILD WORLD, VIA DOLOROSA dan semestinya lagu yang membawa nama Poseidon ke Jepun iaitu ONTOROS ANTANOM. Ciptaan sepenuhnya kumpulan ini.

Selesai sahaja acara larian sekitar jam 7 lebih, sewaktu kesemua peserta merehatkan badan, mereka telah di hiburkan oleh persembahan artis artis tempatan. Bukan itu sahaja, disediakan juga gerai gerai jualan makanan, minuman dan macam macam lagi. Apapun tahniah kepada SUTERA HARBOUR atas kejayaan penganjuran acara tahunan ini. Bukan itu sahaja, tahniah juga atas mewujudkan peluang kepada artis artis tempatan kita tampil dikhalayak ramai.

 

Kepada yang tak sempat tengok persembahan kumpulan POSEIDON tu, boleh lihat link YOUTUBE dibawah ini..

https://www.youtube.com/watch?v=ahUMZ14mjdc&feature=share