Single pertama mereka “ATAS KERTAS” yang telah dilancarkan beserta muzik video di Youtube pada 14 Mac lepas telah mendapat tontonan yang amat memberangsangkan. Kalau diikutkan band ini dijadualkan melancarkan EP mereka pada bulan April ini. Namun disebabkan keadaan pada hari ini tidak mengizikan, mereka terpaksa menangguhkannya demi kepentingan semua.

Walaupun begitu, lagu kedua mereka iaitu “WUHU” memang jauh berbeza dari single pertama. Lagu ini menonjolkan mood yang happy dan enjoy. Dan agak rancak sedikit dari sebelumnya. Penulisan lirik yang santai dan mudah hafal sememangnya adalah senjata mereka. Mungkin mereka ingin mempelbagaikan keceriaan dalam bekarya.  Apapun sama sama kita tunggu lagu yang bertajuk WUHU ini dilancarkan oleh LARASDARIRASIAN sendiri.