AKAR RIMBA

AKAR RIMBA yang pastinya sudah kenali ramai kini tampil dengan lagu baru. Dimana lagu ini di cipta pada 5-6 tahun lalu. Ketika itu mereka masih lagi dibangku sekolah rendah. Ianya adalah lagu ciptaan sepenuhnya Allahyarham Cikgu Kassim atau panggilan ABAH pada kumpulan Akar Rimba.

JINAK JINAK MERPATI telahpun selesai proses rakaman semula di studio EMELMENT TREE MUSIC HOUSE milik Mok-QI (keyboardis kumpulan Kidz). Beliaulah yang bertanggungjawab akan proses rakaman semula ini. Lagu ini berkisar tentang nasihat buat para remaja diluar sana yang kini berada dialam gadjet.

Allahyarham Cikgu Shariff Kassim @ABAH

Setiap bait bait lagu yang terhasil mempunya maksud dan nasihat yang amat berguna. Alhamdulillah,kini lagu ini telah siap sepenuhnya dan sudah berada di laman youtube untuk tatapan umum. Sama samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Kassim .