12 orang peserta menyertai pertandingan nyanyian ini.

A square night market adalah sebuah kawasan tumpuan warga kota apabila malam menjelma. Dimana kawasan ini adalah kawasan makanan hipster dan dapat saksikan persembahan santai para buskers sekitar KK.

Tanggal 4 Ogos lepas, seramai 12 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan secara santai ini. Hampir kesemuanya merupakan pertama kali naik kepentas pertandingan. Hadiah di tawarkan tidak lah juga tinggi, tetapi sambutan para peserta diluar sama amat memberangsangkan.

Roshahfie (17thn) berasal dari Tawau
tampil dengan lagu ciptaan sendiri
https://www.facebook.com/rosyahfie.ruslan

Apa yang menarik perhatian kami adalah, persembahan peserta terakhir yang berasal dari daerah Tawau. Difahamkan dia mendaftar pada jam 6 petang ahad. 2 jam sebelum acara pertandingan dimulakan. Namun dia mampu membuatkan para pengunjung A square night market tergamam dan terpaku mendengar lagu yang begitu shahdu sekali.

Mohamad Roshyahfie Bin M.Ruslan (17) dengan lagunya “Sekadar Ucapan”

Lagu bertajuk SEKADAR UCAPAN adalah lagu cinta yang menceritakan kisah benar yang berlaku pada dirinya yang ditinggalkan kekasih angkara orang kedua. Mungkin ianya satu pengalaman bagi seorang lelaki yang dilamun cinta. Namun ianya adalah perkara biasa di usia yang begitu muda sekali.

Selepas sahaja dia membuat persembahan, dia di datangi oleh beberapa pengunjung yang berminat ingin lebih tahu mengenainya. Tidak kurang juga orang sekeliling yang mengambil gambar kenangan bersama komposer muda ini.

Bila ditanya, lagu ini buat kali pertama di bawakan di dalam pertandingan A square Idol 2019. Dan sekali gus menobatkannya sebagai naib juara. Diharap lagu yang dipertsembahkan pada malam itu akan dizahirkan kedalam bahan yang mampu memperkenalkannya kepada orang ramai.

kami jga dimaklumkan dia datang ke KK semata mata hadir ke ujibakat sebuah program realiti TV. Namun rezeki tidak berpihak kepadanya. Jadi dia akan terus balik ke Tawau dan meneruskan kehidupannya sebagai anak seni di sana.