TAHNIAH di ucapkan kepada kumpulan THE ATLUS atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam pertandingan BATTLE OF THE BAND semalam di Sandakan, Sabah. Pertandingan ini bersempena Karnival SAGA 2017 yang sedang berlangsung di daerah tersebut. Di fahamkan seramai 7 buah kumpulan telah menyertai pertandingan tersebut. Antaranya kumpulan  EMERGENCY BAND, GENERATION IRIS, TIARA BAND, IRIS BAND, THE ATLUS, REVOLISI BAND dan HURRICAND.

Berbekalkan 2 buah lagu “HONKY TONG KOSONG & MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR” telah membuatkan THE ATLUS berjaya di nobatkan sebagai tempat ketiga. Walaupun tidak sebagai juara, itu tidak menjadi masalah pada mereka. Kerana, platform sebeginilah yang mereka nanti nantikan sebagai anak seni di daerah tersebut. Kata salah seorang ahli kumpulan ini.

Kami di fahamkan bahawa penyertaan ini adalah PERCUMA sahaja. Malah wang tunai di tawarkan sebagai ganjaran kepada para pemenang tempat pertama hingga ketiga. berikut adalah keputusan akhir pertandingan.

JUARA ( RM500) : EMERGENCY BAND
N.JUARA (RM300) : REVOLUSI
KETIGA (RM200): THE ATLUS