Pastinya bandar Sandakan sekali lagi akan merasai gegaran muzik rock daripada kumpulan yang baru baru ini berada di Kota Kinabalu dalam misi mempromosikan album terbaru mereka bertajuk DOA. Pihak penganjur telah menyediakan headline yang pastinya membuatkan warga Sandakan mandi peluh dengan kunjungan ribuan orang awam di Padang Bandaran itu nanti.

SAMUA FEST merupakan gabungan beberapa cabang seni. Antaranya seni muzik yang sememangnya menjadi pilihan anak anak remaja serta Belia masa kini. Maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh lihat di sini https://www.facebook.com/Sandakan-MUSIC-ART-Samua-397919697485510/