Sebelum ini, Sabah khususnya hanya ada sebuah band sahaja yang sudah menempah nama di persana muzik local iaitu kumpulan 4AG ( For Aggressive Gentlemen). Band ini memamg memiliki follower yang cukup ramai. bukan sahaja di kalangan bangsa mereka sendiri, tetapi bangsa lain juga memberikan full support apabila melihat 4AG naik ke pentas show. Ini terbukti dalam event BAZZAR MUSIC FEST yang lepas.

Kini, bukan sahaja 4AG, kita sudah mempunyai yang ramai di kalangan belia yang berbangsa cina. Antaranya kumpulan NEW BORN (gambar diatas sekali) sebenarnya sudah di tubuhkan hampir 5 tahun lalu.  Seawal penubuhan kumpulan ini, mereka banyak menghabiskan masa bermain muzik di salah sebuah pusat ibadah yang terletak di bandaraya Kota Kinabalu. DImana mereka adalah penuntut yang sedang menjalankan proses “Mendekatkan diri dengan Tuhan” . Selama mereka berada didalam pusat ibadah tersebut, mereka sudah berjinak jinak dalam bermain muzik. .Akan tetapi di masa itu, mereka berada di alam kegelapan. Saya berpeluang bertemu dengan kesemua mereka ini baru baru ini dan tanpa di sangka pertemuan tersebut mengambil masa hampir 5 jam.

LUIS CHEE adalah ketua kumpulan NEW BORN. Dialah yang telah menceritakan sejarah penubuhan band ini . Sebenarnya, mereka telah lama di pelawa oleh kumpulan 4AG untuk naik ke pentas gig dan showcase tetapi mereka menolaknya. Ini kerana, NEW BORN belum bersedia untuk tampil secara terbuka, khususnya kawan kawan serta keluarga. Mungkin mereka masih di banyangi kisah silam yang membuatkan mereka serba salah. Akan tetapi, LUIS dan ahli kumpulan lain telah berazam dan mencabar kemampuan dirinya mereka untuk mengambik sedikit masa untuk menyiapkan diri. Memenag mereka semua minat bermain muzik, terutamanya muzik rock.

Seperti yang kita tahu, Manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Selama 5 tahun ini, mereka telah banyak melakukan kerja kerja amal kepada masyarakat dan proses pemulihan keutuhan diri. Justeru itu, perjalanan karier mereka dalam muzik bermula dengan mencipta lagu lagu benbentuk ketuhanan dan keinsafan diri. Hasil ciptaan mereka, di jadikan ilham untuk terus bekarya. Antara lagu lagu yang mereka telah hasilkan adalah:-

  1. YOUR LOVE -DEBUT SINGLE (2012)
  2. I WILL ALWYAS BELONG TO YOU (2012)
  3. THE ONE (2014)
  4. UNTIL FOREVER (2014)
  5. YOUR PORPOSE (2015)
  6. CHRISTMAS EVE THEATER SONG (2015)
  7. CRAZY LOVE (2016)
  8. REBIRTH (2016)

Menurut LUIS, setiap kali lagu yang mereka hasilkan, melodynya berat kepada genra ROCK. Ini yang membuatkan mereka terpanggil untuk bersiap sedia tampil dengan indentiti sebuah band boy yang bakal dikenali dengan CHINESE ROCK BAND. Maka selepas 5 tahun mereka menyiapkan diri, kini mereka bertemu semula dengan kumpulan 4AG dan menyatakan hasrat mereka iaitu sudah bersedia di pentas gig. NEW BORN sudah 100% bersedia dengan karya asli mereka.

Tanggal 18 ogos yang lepas, NEW BORN tampil dengan identiti mereka sendiri. Memang tepat pilihan mereka memilih genra ROCK sebagai elemen dalam bekarya. Sambutan sewatu penampilan mereka di pentas gig tersebut amat memberangsangkan. Ramai kawan kawan serta pengunjung terhibur dengan persembahan mereka. Walaupun baru kali pertama tampil di hadapan orang ramai, mereka seolah olah “API YANG DI TUANG PETROL”. Semangat yang timbul sekali gus membuatkan mereka sedang dalam proses mencari studio rakaman untuk merakamkan lagu lagu ciptaan mereka.
Kebanyakkan lagu lagu ciptaan mereka tersebut adalah berkisar kepada kehidupan mereka sendiri. Atau paling senang kita panggil “BASE ON TRUE STORY”. Kesemua lirik lagu tersebut adalah hasil nukilan vokali kedua mereka iaitu DIANA (gambar diatas). Dia merupakan penyanyi kedua kepada kumpulan ini. Selain itu, kesemua lagu lagu yang di nyatakan di atas adalah hasil ciptaan beliau sendiri. Lagu lagu tersebut di cipta sewaktu dia belajar di rumah ibadah beberapa tahun lepas. Inilah yang dikatakan ANUGERAH yang tuhan berikan kepada insan yang bernama manusia. Bukan semua orang memiliki bakat dalam penulisan lirik. Ianya memerlukan seseorang itu kuat membaca dan banyak mentafsir sesuatu perkara dan diterjemahkan kedalam bentuk  lirik. Yang mana, lirik tersebut mampu menyampaikan sesuatu “MESEJ” kepada pendengar.

Semoga kumpulan NEW BORN ini akan menjadi sehebat kumpulan muzik rock yang lain. Pergiatkan usaha dalam mencari slot dan peluang untuk tampil di pentas terbuka. Perkenalkan muzik anda kepada masyarakat menerusi mesej dalam lagu lagu anda. Ini dapat menarik lebih ramai pendengar, bukan sahaja di kalangan sebangsa mereka, tetapi orang luar juga. Dengan kelebihan serta bakat yang ada pada kumpulan anda, kami “ONLINEFM” yakin bahawa muzik anda boleh pergi jauh dan mampu bersaing dengan band band rock yang ada di Sabah ini khususnya.

Jangan lupa FOLLOW FB page mereka iaitu https://www.facebook.com/newborn90s/ dan support NEW BORN sebagai ahli keluarga dalam local music scene.

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI…