LAHAD DATU juga kini semakin aktif membuka ruang dan peluang kepada artis artis baru, khsusnya sekitar daerah tersebut. Dengan keprihatinan pihak pihak yang ada di Lahad datu, kepelbagaian program riadah dan aktiviti seni dapat mereka anjurkan dengan kerjasama yang utuh semasa mereka.

Mr Tony Dat-U

Hujung minggu ini, akan berlangsung KONSERT SILATULRAHIM antara anak anak seni disana. Maklumat yang kami perolehi dari salah seorang anak seni juga iaitu Mr Tony Dat-U memberitahu bahawa konsert tersebut adalah percuma kepada orang ramai. Mr Tony antara orang yang selalu mencari peluang dan berusaha memajukan industri muzik, khususnya di Lahad Datu.

GERODOK

Antara pemuzik yang dimaklumkan akan membuat persembahan adalah kumpulan GERODOK. Yang sememangnya sudah tidak asing lagi dengan lagu berhantu mereka “BULAN 8 DISANDAKAN”. Pasti kawasan konsert akan di penuhi oleh penyokon serta follower band ini. Selain itu, ada ramai lagi band band tempatan yang dapat naik ke pentas tersebut. Antaranya D” FAMILY, DAT U, SUPERMAN BUSKER, RIMBAYU dan ARMADOS,

MAKHLUK

Tidak ketinggalan juga, kumpulan ROCK KAPAK yang amat dikenali ini juga akan berada di Lahad Datu pada 25 Mac ini. Dimaklumkan mereka antara band jemputan yang bakal memeriahkan konsert tersebut.

Jutaan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur atas usaha murni membuka ruang dan peluang kepada anak anak seni Lahad Datu ini tampil di pentas. Dengan adanya program sebegini rupa, ianya mampu memberi kesan positif, khusunya kepada belia belia sekitar daerah tersebut. Semoga program sebegini rupa dapat diteruskan dan dapat sokongan orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.