EPIC

Baru baru ini, berlangsung satu pertandingan yang selalu di tunggu oleh band band lokal khususnya sekitar Sabah iaitu HARD ROCK RISING BATTLE OF THE BAND. Sebuah pertandingan yang menonjolkan bakat anak anak muda dalam seni muzik. Ini merupakan acara tahunan cafe tersebut. Rasanya ramai pemuzik sudah sedia maklum akan pertandingan ini dan sentiasa menunggu peluang untuk tersenarai sebagai peserta.

DREAM CHASER atau dalam bahasa melayunya pengejar mimpi. Itu adalah lagu ciptaan sendiri kumpulan yang telah di nobatkan sebagai juara iaitu kumpulan EPIC. Lagu ciptaan ERRY sepenuhnya ini telah menjadikan band ini membawa pulang wang tunai USD 1000 bersamaan RM4200. Satu jumlah yang cukup besar dan pastinya mimpi yang mereka kejar telah di jumpai.

Hasil kolaborasi dengan beberapa orang nama besar dalam muzik iaitu WAN KIBOT, persembahan mereka memang mantap dan cukup bertenaga. Dibantu lagi dengan gitaris dan bassist berpengalaman dari kumpulan woodpecker. Manakala di bahagian drum pula, juga nama cukup lejen di sabah iaitu Ramzul, pemain drum bagi kumpulan The Fingers.

Persembahan bertenaga dari vokalis mereka iaitu LYNN sememangnya sudah menampakkan yang mereka bakal bergelar juara. Corak persembahan yang begitu rapat dengan penonton dan juri, mungkin antara faktor markah mereke sedikit tinggi. Akan tetapi, menjadi lumrah dalam mana mana pertandingan. semuanya bergantung pada usaha keras sesebuah kumpulan yang bertanding dan keputusan juri yang mengadili pertandingan pada malam tersebut.

Usaha gigih selama ini telah membuktikan bahawa persiapan kumpulan EPIC ini memang berbaloi. Latihan yang cukup kental di samping perkongsian idea dari ahli kumpulan terhadap pemilihan lagu di peringkat akhir, juga menjadi nadi tunjang akan kejayaan yang mereka perolehi.Sesunggunya EPIC kini menjadi band makin dikenali ramai.

Tidak dilupakan juga, sokongan rakan rakan muzik yang lain juga antara faktor kejayaan mereka, tepukan serta sorakan gemuruh para penyokong EPIC sewaktu final, menjadi pembakar semangat kepada setiap ahli kumpulan tersebut. Semakin kuat sorakan yang mereka terima, semakin membaralah semangat untuk memberikan persembahan 120% kepada juri.

Tahniah di ucapkan kepada kumpulan EPIC atas kejayaan ini, Semoga ianya dapat memuka lembaran baru buat anda untuk lebih berusaha untuk berjaya. Hsilkan lagi karya karya bermutu selari dengan genra muzik yang anda pilih. Sememangnya itu adalah jiwa EPIC.

Pada yang tak sempat nak tengok persembahan mereka, boleh klik link ini..

https://www.facebook.com/moli.soliano/videos/1366996453348765/

Leave a Reply

Your email address will not be published.