MAss, itulah nama kumpulan DUO ini yang di anggotai oleh Matlan Kids dan Sonny Bahari. Kedua duanya memang dikenali ramai dengan teknik bermain gitar di atas pentas. Onlinefm telah menerima kiriman lagu yang berjudul SUDAH SUDAHLAH yang mana lagu ini adalah hasil ciptaan mereka berdua. Lirik lagu ini memang simple dan susunan muziknya juga boleh dikatakan easy listening. Sesuai didengar oleh semua lapisan masyarakat. Jangan lupa dengarkan lagu SUDAH SUDAHLAH ini di onlinefm.