KU-GI-RAN SMKKJ

Tanggal 23 Jun (semalam) adalah persembahan terakhir kumpulan naib juara School Of Rock 2019 ini iaitu Ku-Gi-Ran SMKKJ. Ini kerana hampir kesemua ahli kumpulan ini bakal menduduki peperiksaan akhir Sijil Pelajaran Malaysia 2019 yang hampir tiba hujung tahun ini.

Bertempat di Padang pekan Kunak semalam telah berlangsung satu Karnival Gerakan Usahawan Anak Belia Felda. Dimana pelajar pelajar sekolah SMK Kunak Jaya ini telah di jemput membuat persembahan di pentas utama.

Ku-Gi-Ran SMKKJ membawakan lagu pop yeh yeh di hadapan ribuan pengunjung yang hadir

Kumpulan muzik ini sudah mula dikenali ramai sekitar Sabah semenjak mereka menyertai pertandingan School Of Rock 2019 yang telah berlangsung pada bulan Mac lepas di Kota Kinabalu. Mereka telah dinobatkan sebagai Naib Juara.

Sungguhpun begitu nama Ku-Gi-Ran SMKKJ mendapat tempat di hati para penonton serta rakan rakan taulan mereka bila mana persembahan yang mereka sediakan pasti akan membuatkan para penonton happy dan enjoy. Mana tidaknya, anak anak moden ini memilih lagu bergenra Pop yeh yeh, agogo serta twist sebagai lagu di atas pentas. Ditambah lagi dengan penampilan pakaian mereka dan cara mereka menari.

Ku-Gi-Ran SMKKJ bersama guru mereka selaku pengurus iaitu En Md Rizzuan
(Baju batik coklat)

Cikgu Rizzuan inilah orang yang melahirkan pemuzik remaja yang membawa nama daerah Kunak kini dikenali di pentas muzik sekitar Sabah. Minatnya dalam muzik sendirilah antara sebabdia ingin mencari pelapis pelapis muda yang boleh mengantikannya di pentas muzik yang suatu ketika dulu dia sendiri pernah berentap.

Kini Cikgu Rizzuan menjadi pengurus serta pembimbing anak anak Kunak ini berjaya di bidang hobi yang mereka minati. Sungguhpun begitu, kegiatan muzik ini akan dihentikan seketika kerana beliau ingin melihat anak didiknya berjaya di gelanggang pelajaran iaitu peperiksaan akhir Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau sendiri telah membuat keputusan untuk menghentikan kesemua aktiviti anak anak ini. Fokus 100% diberikan kepada sesi ulangkaji pelajaran.

Dari itu, sama samalah kita doakan kejayaan anak anak Kunak ini didalam pelajaran mereka dan juga menjadi insan yang berguna pada nusa dan bangsa.