Spinning Toxic merupakan sebuah band alternatif yang aktif di Kota Kinabalu. Dibarisi pemuzik-pemuzik yang mempunyai latarbelakang yang berbeza dalam muzik. Band ini sebenarnya bermula sebagai sebuah band projek seawal tahun 1997, tetapi mereka kurang menonjolkan diri pada tahun-tahun seterusnya. Pada tahun 2016 mereka kemudian muncul di gig sekitar Kota Kinabalu dan semakin aktif kebelakangan ini. Baru-baru ini Spinning Toxic mengeluarkan single mereka ‘Path’ yang difahamkan juga akan disusuli dengan video musik yang dalam proses pembikinan.

Seperti biasa penulis suka ‘mengusik’ band-band dalam temubual dengan isu yang berlaku dalam band dan scene kita. Ikuti sedikit temubual bersama Spinning Toxic.

Founder Spinning Toxic?

Sebetulnya, kami adalah rakan-rakan game yg selalu gather, tengok shows like RTV and VNR. Disebabkan minat yang sama lalu kami  menubuhkan band di mana memilih nama ST sempena band lama Keydude which was found by himself, Ben and Kennard. Mereka la founder dia.

Kenapa pilih nama Spinning Toxic?

Menurut Keydude (anggota lama), nama tu seperti pluck from the sky. Tiba-tiba saja idea keluar which is ST bermaksud Penyebaran Berita. Spreading the news. Toxic.

Apa makna Spinning Toxic bagi semua band member?

A band that can binds all. Friendship, dignity, support and of course we are all family.

 Hardest part bila jadi band member?

Commitment. That’s hardest thing. Works, family and band.

How to deal with silly band mate (datang lambat, ponteng jamming etc.)

Actually we don’t have a silly bandmate gitu. Cause when ada prektis or gig or disscusion we all suda set. If ada yg dtg lambat orabsence, band member akan awal bagitau.  That’s the mindset. Proper planning. Communication is key.

Single baru release, berapa lama Path dihasilkan, dimana recording dan kos untuk hasilkan single tersebut.

Lagu ‘Path’ direkod oleh sahabat kita juga iaitu BMT Reording dikendalikan oleh Chester Sinidol @Chet of Zincornia. Tempoh diambil selama 3 bulan. All in.

Cerita sikit pasal upcoming Music Video.

Ini adalah MV pertama kami dimana divideokan oleh sahabat kami Terrence Isaac Majin seorang freelance photo dan videographer.  Lokasi MV ini diambil di beberapa lokasi sekitar penampang dan Putatan.  MV ini berkisarkan Kisah Sedikit sebanyak tentang Perjalanan Hidup (PATH)  band member.

Terjun ke dalam scene music di kk khususnya dan menjadi keluarga dan sebahagian daripada music movement di kk. Apa kelemahan dan ‘gap’ musician KK dengan musican atau band dari luar.

Venue kurang. Perlu ada a united movement for the indie bands sebagai pengantara mencari dana atau aktiviti atau social atau venue. A movement yg tidak memilih genre or kawan because we are all contributing together to the scene.

Andai kata nama band ini bukan Spinning Toxic, apa nama lain?

No idea

Apa target Spinning Toxic dalam menghasilkan material atau single?

Sebagai berita pada lain bahawa music is good and beautiful. This single is all about that. It does not matter what path you chose. It`s Okay.

Semua band mempunyai plan, apa perancangan jangka panjang Spinning Toxic?

We never expect us to reach this far as in exposure. We like to keep rocking as long as we all enjoying music. And hopefully we could inspire others as we were inspired by them.

Harapan atau pandangan Spinning Toxic terhadap scene atau music movement di Sabah khususnya?

Sememangnya kita semua harapkan music scene di Sabah akan berkembang dengan wujudnya venue-venue dan aktiviti-aktiviti baru agar semua(youngsters and elders alike) dapat serlahkan lagi bakat mereka. Keep live scene alive and going. Music is music that gathers us regarless of genre.

Begitulah sedikit temubual bersama Spinning Toxic. Penulis sebenarnya tidak sabar melihat video music mereka yang sedang dalam pembikinan. Sebagai sebuah band aktif dan bakat yang ada dalam Spinning Toxic, kita mengharapkan lebih banyak karya yang akan mereka hasilkan. ‘Path’ merupakan hasil yang bagi penulis merupakan garis panduan kepada penyokong apakah yang mampu mereka bawakan di masa akan datang.

Apa pun, terima kasih Spinning Toxic atas masa yang diluangkan. Teruskan mewarnai scene dan teruskan menginspirasi generasi yang mendatang.

Ikuti perkembang Spinning Toxic melalui laman sosial mereka.

https://www.facebook.com/SpinningToxic/