BATTLE MANIA telah pun melabuhkan tirainya semalam. Dimana 10 buah kumpulan telah bertanding di pentas akhir tersebut. Secara keseluruhannya, persembahan para peserta sememangnya cukup bertenaga dan hebat. Pastinya juri ( Lester, Zul Khaliff, Mr Asiff & Mr Sonny), menilai persembahan dan mencari pemenang bukannya mudah.

Apapun, pertandingan sudah sedia maklum,. Juara menjadi milik kumpulan penari moden iaitu BAD THE HOOD. Manakala tempat kedua menjadi milik kumpulan yang pernah mewakili Malaysia ke jepun iaitu POSEIDON. Dan tempat ketiga menjadi milik AMIN & THE ALU ALU.

Jutaan tahniah kepada pihak penganjur iaitu MING GARDEN HOTEL atas keprihatinan mereka terhadap pemuzik dan anak anak seni tempatan di Sabah. Sememangnya ini harus dijadikan contoh kepada mana mana hotel demi membangunkan scene muzik yang sukar di terima oleh sesetengah pihak.

kepada abang soundman dan crew, sememangnya andalah harus juga mendapat credit. Dimana kualiti bunyi yang anda berikan selama acara ini berlangsung memang terbaik dan hebat. Ketelitian anda dalam menjadikan bunyi tersebut menusuk kalbu sememangnya harus dimiliki oleh kesemua abang abang soundman yang ada di sabah ini. Welldone & good Job GSP. Lepas ni boleh sudah kamu bercuti pergi pulau. Jangan lupa invite kami ya..:)

Tidak lupa juga kepada Zul Khaliff selaku orang kuat dalam pengurusan acara ini. Pastinya beliau boleh sudah berehat dan menenangkan fikiran setelah selesainya sudah cabaran penganjuran event BATTLE yang memakan masa hampir sebulan ini. Tahniah bro…

Teruskan lah membuka ruang & peluang kepada anak anak seni tempatan kita kerana…

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.