[youtube clipid=”YvmxwDWdkk4″ autoplay=”0″]

Jonathan Tse merupakan anak seni kelahiran pulau Labuan, Sabah. Bukan setakat penyanyi dan pencipta lagu, malah beliau juga mencari bakat bakat baru untuk diketengahkan di persada seni tempatan. terkini, Jonathan Tse tampil dengan lagu terbarunya yang berjudul “YOUR MOVE”.

Untuk lagu ini, beliau tidak keseorangan dimana Roshan Jamrock daripada kumpulan Hip hop terkenal K-TOWN CLAN juga menjadi tetamu jemputan dalam lagu duet ini. Satu gandingan yang cukup padu dan mantap. Nama KTC memang amat dikenali khususnya di arena Hip hop tanahair.

Tahniah kepada Jonathan Tse atas lagu ini. Diharap kesinambungan perjalanan anda didalam dunia seni tempatan akan lebih aktif dan usaha mencungkil bakat bakat baru tempatan akan berterusan.