Event sukses dimana 22 buah kumpulan telah berjaya membuat persembahan di pentas ISOLATED GIG edisi kedua baru baru ini. Hampir 150 orang pengunjung yang hadir ke lokasi gig yang terletak di Wisma Destiny, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity Commerce Square .

GOLD MINES GASTRO PUB adalah venue yang secara tidak langsung turut sama menyokong penganjuran aktiviti sihat ini. Pihak pengurusan telah memberikan sokongan padu kepad apihak penganjur dari mula hingga acara selesai.

Bukan sahaja gig, ada beberapa aktiviti sampingan juga telah diadakan disini. Antaranya pertandingan video game PS4, Booth jualan vape, pameran hobi “gundam” dan apa yang paling best, pihak penganjur mampu mengawal keadaan keselamatan serta kebersihan tapak acara terjamin.

Acara bermula jam 11 pagi dan selesai pada jam 11.30malam. Difahamkan juga pihak penganjur amat teliti dalam pengurusan masa hinggankan acara ini selesai ON TIME.

BOIL (Papar Post Grunge)

Selain band dari Bintulu,Sibu, Serian, Kuching dan Brunei, pihak penganjur telah menjemput sebuah band post grunge dari sabah iaitu kumpulan BOIL.

Tahniah diucapkan kepada NORTHSOUTH PUNKSTER & Team atas usaha menganjurkan program sebegini rupa. Kami yakin, ini bukan kesudahan scene di Bintulu, malah ini adalah titik permulaan kepada kebangkitan muzik bawahtanah disana. Tidak dilupakan juga kepada lable media yang turut membuat cover akan gig ini iaitu INDIZZ & ZQ & CO. Weldone guyz & keep support our local bands..

KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI