Siapa tak kenal Fazrin ataupun Ninja Barber. Seorang anak muda yang peramah, senang di bawa cerita dan memiliki palanggan yang sanggup datang dari Sandakan, Keningau dan beberapa daerah lain untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut dengannya.

Dia merupakan antara juru gunting rambut lelaki terbaik di Malaysia ketika ini. Bilamana dia telah di nobatkan sebagai tempat ketiga dalam sebuah pertandingan gunting rambut yang berlangsung di Kuala Lumpur baru baru ini.

15 Peserta ke peringkat akhir

Bakatnya mula dikesan beberapa tahun lalu dalam sebuah pertandingan BARBER BATTLE. Apabila juri profesional melihat cara dia memegang gunting dan bekarya sebagai seorang BARBER, mereka sudah merasai bahawa potensi mamat ni akan bersinar. Rezeki memihak kepadanya bila dinobatkan sebagai Naib Juara didalam pertandingan tersebut. Maka bermulalah kariernya sebagai seorang barber yang sentiasa jadi pilihan oleh mereka yg ingin mendapatkan kekemasan tahap maksima.

Kini Fazrin merupakan salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah akademi gunting rambut yang terletak di kawasan Penampang, Sabah. Kepada yang berminat mengikuti kursus gunting rambut, boleh kunjungi page ini https://www.facebook.com/Inspired-Education-Team-320225972042041/

Kami cuba dapatkan Fazrin untuk sesi temuramah mengenai pengalamannya menjadi peserta dan kenangan pahit manis sewaktu berada di atas gelanggang pertandingan peringkat kebangsaan ini.