Percubaan untuk mengabungkan 3 buah band dalam 1 lagu sememangnya bukan mudah. Namun ianya satu percubaan yang berisiko dan mampu mencabar kemampuan setiap ahli kumpulan. Apatah lagi kalau masing asing membawakan genra lagu yang berlainan.

Akan tetapi, dengan gabungan idea dan kerjasama yang bagus, ianya mampu di hasilkan dengan jayanya. 3 buah band sarawak telah berjaya menghasilkan sebuah lagu single yang bertajuk KEHADIRAN. Bukan itu sahaja, malah mereka juga telah menyediakan vedio klip dengan konsep DIY.

Riviera, Sullivan & Fairy For Funeral telah bergabung dan terhasilah FAIRYSULLVIERA. Single pertama yang mereka pertaruhkan di muzik tempatan adalah KEHADIRAN. Dimana, anda boleh lihat vedioklip dan dengarkan lagu tersebut menerusi link di bawah.

Dengan kehadiran lagu ini, industri muzik tempahan khususnya di Sarawak akan bertambah meriah. Malah mampu membuka peluang kepada pemuzik pemuzik baru agar turut sama menceriakan lagi suasana muzik tempatan.

Lagu ini adalah hasil ciptaan Wa’e, Yoy & Shuk Eyy. Manakala sound engineernya pula Revon J dan Producernya Yoy sendiri dari Reviera.Semoga anda terhibur dengan lagu ini dan dapat di kongsikan kepada rakan rakan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.