ADEEB (4 tahun)

ADEEB atau nama penuhnya Muhammad Adeeb Rizki adalah seorang kanak kanak yang baru berusia 4 tahun. Usia semuda ini sudah mampu mempunyai ramai peminat khususnya di tempat kelahirnya iaitu di daerah Lahad Datu. Mana tidaknya, peminatnya sentiasa bersorak dan memberikan kata kata semangat bila mana adik kecil ini memegang kayu pemukul drum di atas pentas. Anak kecil ini mendapat dorongan dari ayahnya sendiri iaitu En Junaidi Hassan dalam bermain muzik. Sering kali di ajak jamming di majlis majlis keramaian di kampung halamannya. Malah ayahnya sendiri mengajar dan memantau prestasi adik ini di setiap persembahan.

Pendedahan seawal usia 4 tahun ini sememangnya baik buat anak anak. Apatah lagi di zaman yang di banjiri kecanggihan gadjet yang boleh di perolehi di mana mana. tetapi, adik ADEEB telah di dedahkan dengan bermain drum.

En Junaidi Hassan (Ayah Adeeb)

Kalau tiada halangan, pada BAZAR MUSIC FEST edisi ke8 nanti ( 1 okt 2017), kami akan cuba menjemput adik ini naik ke pentas LIVE STAGE di Kota Kinabalu. Kita sama sama saksikan sendiri kehebatan skillnya menghasilkan bunyi kick yang padu. Serta pukulan snare yang jitu pada aliran muzik Rock yang menjadi kegemarannya.

Tidak dinafikan, muzik rock antara aliran muzik yang masih hebat di beberapa daerah di sabah ini, Antaranya di Lahad Datu sendiri. tidak hairanlah kalau adik kecik ini mampu cover lagu lagu dari kumpulan Wings, Search, May dan sebagainya.

Sempena kita menanti ketibaan BMF8, apa kata anda lihat klip vedio ini..

https://www.facebook.com/junaidi.hassan.7/videos/1692665514093819/

Leave a Reply

Your email address will not be published.