D’INFINITY adalah sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada anak anak muda remaja yang masih di bangku sekolah. Kumpulan ini dibimbing oleh seorang guru muzik dan juga seorang pemuzik otai yang sudah tidak asing lagi di daerah Tawau iaitu Cikgu Roslee.

Beberapa hari yang lalu telah berlangsung sebuah pertandingan kugiran di daerah Semporna, kumpulan ini telah memberanikan diri bertanding di pentas tersebut. Seperi yang sedia maklum, pentas BATTLE OF THE BAND di Sabah ini merupakan acara yang dinanti nantikan oleh mana mana pemuzik yang ingin mencabar kemampuan masing masing dalam bekarya.

Berbekalkan pengalaman yang masih boleh dikira serta dorongan guru mereka, D’INFINITY telah di nobatkan tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah D’INFITITY dan semoga anda terus berada di pentas kugiran.