DARI KOTA SINGA KE NEGERI DI BAWAH BAYU

DARI KOTA SINGA KE NEGERI DI BAWAH BAYU

Remembering Chester Bennington:- Tribute To Linkin Park telah pun selesai pada hari sabtu lepas. Gig ini dikendalikan oleh sebuah lable gig yang sudah tidak asing lagi di KK iaitu THE REBEL UNION. Pada gig kali ini, mereka menjemput beberapa buah kumpulan untuk tampil dengan membawakan 1 lagu dari pada kumpulan Linkin Park sebagai lagu wajib.

Sewaktu gig berlangsung, boleh dikatakan crowd yang hadir adalah mereka yang menjadi follower bagi setiap band yang naik ke atas pentas. Mereka tidak memilih muzik apa yang di persembahkan. Yang penting, mereka enjoy dan have fun dengan persembahan setiap kumpulan. Antara band yang beraksi di pentas tersebut adalah A Scenic Event, Chugs On Deck, Muntah Darah, Operation Seven & Story Ends.

Manakala tetamu jemputan pada gig kali ini adalah kumpulan Punk Rock dari Kota Singpura iaitu IMAN’S LEAGUE. Mereka kini sedang dalam proses tour THE ONLY WAY IS UP. Sebelum ni, mereka Tour di Johor baharu dan Korea. Kini masanya mereka menjejak kaki untuk sekian kalinya di negeri Di Bawah Bayu.

Tidak ketinggalan, weldone to OMNI AUDIO selaku penyedia sistem bunyi dan lampu. Mereka amat teliti dalam menyediakan sistem bunyi semasa gig berlangung. OMNI AUDIO juga adalah orang orang yang terlibat secara langsung dalam mzuik underground ini. Mereka juga antara gabungan beberapa buah ahli muzik yang cendertung kedalam kualiti bunyi dan kepuasan sistem kepada para peminat gig.

Tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan gig memperingati penyanyi terkenal kepada kumpulan Linkin park ini. Semangat anda dalam muzik memang tidak ada tolok bandingannya. Semangat inilah yang amat di harapkan berkembang dari masa kesemasa. Sebagai penganjur, dugaan dan rintangan menjadi lumrah dalam memastikan scene muzik bawah tanah ini sentiasa berkembang. Kepada pengunjung pula, jangan lupa menyokong usaha para penganjur ini. Tanpa anda, usaha mereka akan jadi sia sia. Dengan adanya sikap support each others, makan scene muzik ini akan sentiasa segar dan mengambil tempat di hati kita semua.

45total visits,1visits today

Written by