Siapa sangka band yang tinggal jauh di pedalaman ini dapat peluang naik ke pentas yang besar di Kota Kinabalu. Anggaran para pengunjung konsert malam itu mencecah 3000 orang. Bilamana suasana memang dipenuhi oleh para penyokong & peminat artis tempatan Sabah.

Itulah pengalaman yang manis dan pastinya toidak dilupakan oleh kumpulan HONEST. Anak anak muda yang berasal dari keningau Sabah ini telah dijemput naik kesebuah konsert besar minggu lepas. Pastinya inilah masanya untuk mereka memperdengarkan karya mereka kepada ribuan pengunjung yang ada didalam dewan tersebut.

Sekitar Jam 8malam, mereka telah mendapat sorakan yang agak gemuruh bila mana pengacara mengumumkan nama mereka untuk naik ke pentas. Mereka membawakan dua buah lagu iaitu BEBAS & HAPUSKAN DENGAN RASA. Yang mana kedua dua lagu ini adalah ciptaan mereka sendiri dan setiap hari kedengaran dimainkan di stesen radio tempatan sekitar Sabah.

 

Menurut vokalis kumpulan ini, Ianya merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bila diberi peluang satu pentas dengan nama nama besar dalam muzik tempatan. Antara artis yang bersama sama mereka membuat persembahan di pentas itu adalah STACY, RICH@ESTRANGED dan moment yang paling best bila mana CD ALBUM mereka (HONEST) telah dibawa pulang ke Indonesia oleh Chua@Kotak. Kumpulan KOTAK yang berasal dari Indonesia merupakan tetamu istimewa pada malam tersebut.

Tahniah di ucapkan kepada kumpulan HONEST atas kejayaan mereka selama ini. Usaha anda dalam bekarya dan mewarnai scene muzik tempatan harus dicontohi oleh kesemua anak anak muda diluar sana. Siapa sangka, karya anda kini dimiliki oleh artis seberang. Siapa tahu, rezeki anda ke indonesia lepas ini.

 

P/S

Minggu ini HONEST akan tampil di Pesta Keladi di Sook. Kepada yang ada masa terluang, jangan lupa saksikan mereka dan artis artis lain di pesta tersebut.