D’Shelter (Dari kiri:- Along , Dimas , Ciduk, Wawa, Didie & Mirul)

Baru baru ini pihak onlinefm telah bertemu dengan dengan band ini. Perjumpaan yang telah di atur hampir sebulan dengan telah membawakan kami bersua muka dengan anak jati daerah Tawau. Kalau di lihat dari segi penampilan diri dan cara pemakaian, memang sah mereka pengemar setia muzik ROCK KAPAK.

D’Shelter adalah sebuah band yang selalu menghabiskan masa bermain muzi di bawah kolong (bawah rumah). Seperti anak anak muda lain, mereka ini juga mempunyai hobi yang sama iaitu bermain muzik. Cuma, aliran muzik yang mengalir di jiwa anak anak muda lebih kepada muzik 80an iaitu ROCK KAPAK.

Hampir setiap hari mereka lepak di bawah rumah dengan gitar kayu, mendendangkan seleksi lagu lagu rock 80an hinggalah sampai satu hari mereka tergerak hati cuba masuk ke jamming studio. Dan ketika itu, ada 1 studio yang femous di Pusat banda Tawau iaitu NEOLITHIC STUDIO. Disinilah bermulanya kisah kumpulan D’Shelter.

Neolithic Studio antara jamming studio yang terdapat dan jadi sebutan anak anak muzik sekitar Tawau. Studio milik En Asdar ini sememangnya harapan besar kepada anak anak muda tawau serta mereka yang meminati muzik. Lahirnya band band hebat serta drummer terbaik indonesia juga adalah melalui studio ini. SAngat besar jasa studio ini kepada anak anak seni sekitar Tawau. Termasuklah kumpulan D’Shelter sendiri.

Distudio inilah mereka telah membasahi jari jemari dan keringat dengan membawakan lagu lagu cover dari kumpulan Rock Kapak. Menurut mereka, antara lagu yang selalu dimainkan adalah lagu DARAH MUDA dari kumpulan RUSTYBLADE. Corak muzik sebegilah yang membuatkan D’Shelter mula mendapat perhatian pengunjung studio tersebut serta orang yang lalu lalang disana. Dimana, muzik sebegini rupa sudah kurang sambutan di zaman yang serba canggih ini. Namun, masih ada anak anak muda khususnya Tawau yang kuat auranya terhadap muzik rock 80an ini.

Dimas@Bassist D’Shelter

Bakat mereka telah di kesan oleh En Asdar. Iaitu pemilik Neolithic Studio. Dimana, D’Shelter telah di berikanpeluang untuk tampil di sebuah konsert hujung tahun 2015. Bermula dari itulah, gegaran muzik rock kapak kembali menyengat ke telinga anak anak muda yang hadir ke konsert tersebut. Difahamkan, hampir 1500 orang pengunjung yang hadir menyaksikan persembahan pertama kumpulan D’Shelter ini.

Ternyata bisa yang di tinggalkan oleh D’Shelter di konsert hujung tahun 2015 tersebut tidak habis di sini sahaja. Bila mana, nama mereka sekali lagi tersenarai di pentas utama pada pertengahan tahun 2016. Sebuah Pesta pakaian terbesar di Tawau telah menjadi saksi bahawa kemunculan kasut ALIPH, SELUAR JEANS KETAT & RAMBUT GONDRONG telah mengusai pentas dengan lagu lagu rock zaman 80an. Sewaktu itulah nama D’Shelter semakin gah dan mempunyai peminat yang semakin ramai.

D’Shelter & peminat mereka

D’shelter juga telah terpilih menjadi salah sebuah band yang bakal mengiringi konsert kumpulan rock terkenal tanahair iaitu KONSERT WINGS 30 TAHUN di Kota Kinabalu. Sewaktu sessi ujibakat, penampilan serta corak persemabahn mereka di hadapan ahli kumpulan wings, telah membuatkan nama D’Shelter jadi sebutan. Malah penampilan mereka membuatkan ahli kumpulan Wings sendiri terimbau kenangan sewaktu zaman mereka masih muda di tahun 80an. Cuma, niat kumpulan D’Shelter tidak kesampaian kerana konsert WINGS 30 TAHUN tersebut telah di batalkan. Namun, itu tidak sama sekali melunturkan semangat anak anak Tawau ini.

Pada awal Tahun ini, nama D’Shelter sekali lagi tersenarai di dalam poster MALAM ROCK KAPAK yang mana konsert tersebut dianjurkan oleh salah sebiah pusat pasaraya terbesar di daerah tersebut. Yang mana, pentas utama konsert ini terletak betul betul di tengah banda Tawau. Dianggarkan jumlah pengunjung pada malam tersebut mencecah 5000 orang.

TAWAU ROCK CITY, itulah gelaran yang telah diterima oleh anak anak muda Tawau. Antara daerah yang masih kuat dengan muzik rock 80an nya. Tidak hairanlah kalau band band besar seperti SEARCH, WINGS, LEFTHANDED atau MAY akan memilih Tawau sebagai lokasi konsert mereka. Kerana disanalah sarang peminat muzik rock kapak terbesar di Sabah.

D’Shelter & BRo Langau

Menurut Dimas, mereka juga telah mencipta beberapa buah lagu. DImana, lirik lagunya dan melodi tetap berteraskan rock 80an. Serta mereka kini dalam proses rakaman studio. Mereka juga ingin mencipta sejarah dengan merakamkan lagu sendiri didalam bentuk digital. Dengan cara ini, mereka dapat memberitahu kepada peminat mereka yang mereka juga mampu berdiri sama GAH dengan band band lain yang hebat di pentas LIVE dengan lagu sendiri. Kini mereka dalam proses mengumpul material untuk mengeluarkan EP pertama. Jadi, sama sama kita tunggu kemunculan EP pertama band mereka.

Melihat akan kesungguhan dan semangat kental kumpulan D’Shelter ini, pihak pengurusan ONLINEFM telah sebulat suara untuk memberikan peluang/slot kepada band ini naik di pentas BAZZAR MUZIK FEST #8 pada 30 Sept dan 1 Okt 2017 akan datang. Kami melihat, aliran muzik ini juga mempunyai peminat yang tidak kurang hebatnya di Bandaraya Kota Kinabalu ini sendiri. Peminat peminat muzik rock 80an ini masih dahagakan HEAD BANGGING dengan rambut yang telah mereka simpan sekian lama. Selain itu, para peminat muzik rock 80an ini juga pastinya ingin keluar ke Bandaraya dengan mengenakan pakaian rock 80any yang mereka minati. Yang pasti, gegaran muzik ROCK KAPAK pasti mengegarkan pentas BMF8 pada bulan September nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.