MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI.…Siapa tak kenal adik beradik ini. Kehebatan mereka dalam bermain gitar pastinya dimiliki dari ayahanda mereka (Uncle Ritchie) yang juga merupakan seorang pemain gitar tersohor di Sabah sejak tahun 70an hingga hari ini. Sebut sahaja nama LASERBEAM, pasti kenal khususnya di Kota Kinabalu juga pemilik kedai muzik LB Muzik Di Center Point Sabah.

Pertandingan Gitar Solo ” YAMAHA REVSTAR CHALLENGE 2019 ” telah di adakan pada awal tahun ini anjuran Yamaha Beatspot Mid Valley, Kuala Lumpur.Syuwari satu-satunya peserta dari Sabah yang telah terpilih ke Peringkat Akhir. Seramai 5 Finalis telah berentap dan Syuwari telah dinobatkan sebagai JOHAN Yamaha Revstar Challenge 2019 dengan membawa pulang Yamaha Cash Voucher dan sebuah Gitar Elektrik YAMAHA REVSTAR RS320BS.

Nan Aznan dan Russel Curtis merupakan Juri Profesional pada ketika itu. Saingan sememangnya hebat kerana kesemua Gitaris telah menunjukkan bakat dan skil tersendiri.
Baru-baru ini, Syuwari telah menghadiri satu mesyuarat bersama Yamaha Music Malaysia, Kelana Jaya untuk sebuah Projek yang akan di umumkan kelak. 


Ketika berada di KL, adik-beradik ini telah membuat Rakaman Video Music Cover di Yamaha Beatspot Mid Valley. Syuwari telah menggunakan Gitar yang dimenanginya Yamaha Revstar RS320BS sementara Syuraih dengan Yamaha Bass BB434MTBS.Dalam masa yang sama juga, Syuwari telah dijemput oleh Bentley Music, Bukit Bintang untuk membuat Rakaman Video / Kajian mengenai produk NUX Pedal Gitar.

Syuwari merupakan seorang Youtuber, dengan Channel Link SYUWARI RITCHIE yang berkaitan  dengan perkongsian Informasi mengenai Persembahan Muzik / Pentas, Rakaman Muzik, Kajian Produk Gitar & Gadget Gitar. Sila Like, Share & SUBSCRIBE Channel Syuwari Ritchie. om kita saksikan hasil rakaman video dibawah