KOTAK, sebuah nama yang cukup besar di arena muzik mainstream terutamanya di Indonesia. Album mereka terjual begitu banyak . Malah fan base mereka juga agak ramai diserata dunia.

Buat kali pertama, mereka (Kotak) akan menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu pada tanggal 7 April 2018 nanti. Dimana mereka adalah artis jemputan dalam sebuah konsert anjuran sebuah stesen radio yang cukup popular di Sabah.Konsert ini menampilkan hampir 100% artis artis tempatan sabah.

Lokasi konsert ini adalah di dewan KDCA yang terletak di Penampang. Venue yang sudah tidak asing lagi bagi penganjuran konsert besar. Jangan risau, anda tidak perlu bayar pun untuk menyaksikan konsert ini kerana ianya adalah PERCUMA. Yang penting datang awal dan standby powerbank.

[youtube clipid=”xdym2AAmOqs” autoplay=”0″]

 

p/s

Yang dapat backstage pas stu, apa lagi. Selfie dengan CHUA@Kotak lah. Bukan senang dapat jumpa bassist idol Indonesia ni