CHINESE ROCK BAND 2017 BAKAL MENGEGARKAN KOTA KINABALU BULAN OGOS AKAN DATANG

CHINESE ROCK BAND 2017 BAKAL MENGEGARKAN KOTA KINABALU BULAN OGOS AKAN DATANG

Jarang sekali kita lihat dan dengar band yang di anggotai oleh pemuzik berbangsa cina. Sebenarnya mereka ini memang ujud dan aktif on stage di pentas pentas tertentu dan tertutup. Boleh dikatakan show show mereka di majlis keramaian sahaja. Tetapi, sejarah bakal tercipta pada bulan ogos akan datang, dimana beberapa buah band rock yang di anggotai oleh pemuzik pemuzik sekitar KK akan bergabung di satu pentas iaitu CHINESE ROCK BAND 2017. Yang akan berlangsung di THE LOFT, Kota Kinabalu.

 

Antara band yang bakal mengegarkan stage tersebut adalah kumpulan yaang sudah lama dalam arena muzik tempatan iaitu 4.A.G (For Aggressive Gentelman). Kumpulan muzik rock yang ditubuhkan sekitar tahun 2005 lagi. 12 tahun dalam arena muzik underground telah membuatkan band ini mempunyai peminat serta suppoter yang cukup ramai. Ini terbukti bila mana band ini telah menjadi salah sebuah band highlight dalam Bazzar Muzik Fest yang lepas. Hampir 1000 orang pengunjung berada di hadapan pentas menyaksikan kehebatan anak anak tempatan sabah ini beraksi dengan skill dan corak persembahan bersahaja mereka. Walaupun, hampir 90% lagu lagu yang di mainkan dalam bahasa cina, namun ianya tidak menjadi halangan kepada pengunjung untuk memberikan sokongan.

Pada 18 Ogos nanti, selain 4AG ada beberapa buah kumpulan Rock lagi yang akan bersama sama mereka. Antaranya adalah kumpulan NEW BORN BAND, YOUNG HOROZIN & HAN. Kesemuanya adalah band yang berteraskan rock. Jadi, kepada yang ingin melihat kelainan dan kehebatan band band ini, jangan lupa janji temu kita pada tarikh dan lokasi yang tertera di flyers,

 

652total visits,3visits today

Tags:

Written by

Music Activist / Music Blogger