Kalau ikutkan plan, mereka datang KK pada bulan September 2018 yang lepas. DImana mereka antara headline untuk BAZZAR MUSIC FEST #10. Akan tetapi, terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan dan mereka terpaksa membatalkan misi ke Sabah pada bulan tersebut.

Album Carthreena

Kini, mereka telah prepare sesuatu yang lebih POWER dimana REVIVAL TOUR 2019 bakal menjanjikan sesuatu yang lebih padu. Perancangan awal telah di buat dan rundingan meja bulat telah di laksanakan. Tarikh dan lokasi telah tertera. Hanya menanti finalise poster untuk setiap lokasi sahaja.

Kelihatan di mana tanggal 27 April 2019 bertempat di BlackBOx Suria Sabah, untuk julung kalinya Carthreena akan membuat persembahan di hadapan penyokong serta peminat muzik underground yang berpaksikan POST HARDCORE. Kepada pengemar muzik post hardcore, save the date dan keep in touch dengan perkembangan terbaru tour ini.

Jom saksikan salah satu muzik vedio dari Carthreena ini

https://www.facebook.com/rottwmag/videos/10156350440804623/