Canang Busker merupakan sebuah kumpulan seniman jalanan atau pun di kenali dengan nama “BUSKERS” yang sudah dikenali di bandaraya Kota Kinabalu khususnya. Setiap kali mereka membuat persembahan pasti penonton akan penuh. persembahan yang mesra pengunjung ini selalu mendapat sorakan serta tepukan gemuruh dari pengunjung lokasi. Jangan hairan kalau pengunjung akan menari sakan sepanjang mereka perfom.

Info terbaru kami terima bahawa CANANG BUSKER terlibat dalam sebuah ALBUM KOMPILASI PENGHIBUR JALANAN MALAYSIA. DImana album ini memuatkan 14 buah kumpulan seniman jalanan. Antaranya SENTUHAN BUSKERS, GENJI BUSKERS, CANANG BUSKERS dan ramai lagi. Album ini boleh dibeli dengan harga RM40/unit. Dan boleh hubungi Canang Buskers di talian 016-8296980 untuk mendapatnya sekarang