Minggu terakhir di bulan puasa ini, pastinya ada yang akan keluar ke pusat membeli belah untuk berbelanja. Selain itu, bazaar raya juga antara lokasi membeli belah yang selalu jadi tumpuan warga setempat.

BAZAARIA AIDILFITRI BANDAR MEGAH BT7, SANDAKAN kini berlangsung selama 2 minggu bermula 22 Mei lepas sehingga 4 Jun ini. Setiap malam akan ada jualan pakaian serta keperluaan hari raya disana.

menjadi trend dizaman gadjet ini bila mana bakat bakat anak seni sering kedengaran dan dilihat di dalam program sebegini rupa. Ianya satu program yang bersifat positif khususnya kepada para belia serta mereka yang meminati bidang seni.

https://www.facebook.com/FounderRagat/videos/2491961610816481/

Platform santai berbentuk BUSKING ini adalah antara pengisian yang amat baik untuk semua golongan. Dengan ujudnya medium seperti ini, anak anak remaja dan para belia sekitar dapat memperlihatkan bakat mereka.Acara ini bermula sekitar jam 9 malam dimana selepas sahaja solat Tarawih.