Semalam 26 Januari 2019 sekitar jam 8 malam telah berlangsung sebuah program persembahan bakat sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Difahamkan hampir 20 buah peserta telah mengambil bahagian dalam persembahan santai ini. Walaupun cuaca agak basah, namun ianya tidak melunturkan semangat anak anak seni yang memiliki semangat membara seakan api yang di tuang petrol.

90% peserta yang mengambil bahagian adalah anak anak seni yang sering kita lihat membuat persembahan di beberapa lokasi iaitu kumpulan BUSKERS. Menjadi trend masa kini dimana setiap malam, apatah lagi hujung minggu dimana ada buskers disitulah lokasi yang bakal jadi tumpuan warga kota untuk bersantai. Tidak kiralah mereka yang datang untuk lepak mahupun keluarga yang datang menikmati santapan malam hari.

Kesemua persembahan ini telah di saksikan oleh ketua pengarah DBKK iaitu Datuk Amrullah Kamal. Beliau amat seronok melihat kehebatan anak anak seni yang rata ratanya terdiri dikalangan belia yang cukup berbakat dalam bidang seni khususnya muzik. Malah beliau sendiri ada membuat rakaman menerusi telefon bimbitnya sepanjang berada di hadapan pentas.

Dianggarkan hampir 300 orang telah menyaksikan acara yang berlangsung hampir 5 jam ini walaupun hujan. Ini membuktikan sokongan nitizen kepada anak seni tempatan tidak pernah luntur. Malah sentiasa kuat memberikan sokongan serta dorongan kepada mereka untuk tampil di pentas terbuka.

Sekalung tahniah di ucapkan kepada Sabah Buskers Community (SBC) atas penganjuran program ini. Anda telah berjaya membuka ruang serta peluang kepada anak anak seni, para remaja serta belia yang minat kepada muzik. Masa lapang mereka telah dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Semoga usaha ini akan berterusan dan mendapat sokongan padu dari pihak berwajib.