Siapa sangka dengan medium digital rezeki seseorang itu dapat di kesan dan di ketengahkan di pentas yang lebih besar. Inilah yang di katakan rezeki tak salah alamat. Mungkin nama RIYAN tidak dikenali ramai atas sebab beliau menetap di daerah yang agak jauh dari pusat bandar. Namun itu tidak menjadi halangan untuk dirinya meneruskan minatnya dalam muzik.

Riyan@Jebat

Usaha konsisten di applikasi BIGO yang menjadikannya ramai kenalan yang terdiri daripada pemuzik jalanan(Busker) sekitar Malaysia. Bila mana salah seorang penganjur program di Kuala lumpur telah mengesan bakatnya dan telah mempelawanya menjadi salah seorang artis/perfomer sempena program CAR BOOT GIG BAZAAR TTDI di Kuala Lumpur pada 5 & 6 Oktober akan datang.

Riyan kini mempunyai sebuah lagu single yang bertajuk MASYGHUL yang sudah berkumandang di onlinefm beberapa bulan lepas. Dimana lagu ini dicipta olehnya sendiri.