Mereka berasal dari negara Brunei yang mana terdiri daripada 6 orang anak muda yang mempunjai jiwa kental terhadap muzik Heavy Metal. Ianya jelas sekali bila anda mendengar single pertama mereka yang berjudul AFFLICTION. ALEXANDRIA dianggitai oleh Maman, Hymmie, Khai, Burhan, Cardo & Jin. Ditubuhkan sekitar tahun 2004.

Pada mulanya ahli kumpulan ini hanya 4 orang iaitu Maman, Hymmie, Khai & Borhan. Pada tahun 2009 mereka bertemu semual dengan sahabat karib mereka iaitu Cardo. Selepas itu, mereka telah mengeluarkan DEBUT SINGLE yang berjudul “LIHAT AKU”. Atas sebab karier, Cardo terpaksa mengundurkan diri dari menyertai band ini. Dimana, tempat beliat telah di ganti dengan Khai. Hinggalah suatu ketika, minat terhadap muzik terhenti disebabkan karier & aktiviti kolej.

Awal tahun 2016, mereka kembali semula dengan penambahan ahli baru iaitu Amir & Jin yang mengambil alih tugas sebagai vokalis. Dimana JIN memiliki tone suara yang sesuai untuk muzik keras dan laju. Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan kesabaran mereka, lahirlah klip vedio pertama yang berjudul AFFLICTION. Dimana, klip vedio ini hasil usahasama mereka dengan Constructivist Works.

Baru baru ini, ALEXANDRIA telah tersenarai dalam sebuah pertandingan BATTLE OF THE BAND yang berlangsung di salah sebuah cafe bertaraf antarabangsa di  Kota Kinabalu. Mereka antara senarai Finalist. Kemunculan mereka di pentas tersebut telah membuka lembaran baru. DImana, dapat mengenali pemuzik pemuzik sekitar Kota Kinabalu. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi mereka. Pastinya perjuangan band Heavy Metal ini tidak sampai disini sahaja. Pastinya mereka sedang mencari ruang dan peluang untuk naik ke pentas gig mahupun konsert sekitar Malaysia mahupun luar negara.

Kini ALEXANDRIA telah menjadi artis dibawah naungan sebuah lable yang ada di negara Brunei iaitu BritPulse Media. Rekod Lable yang mencari bakat bakat baru dalam seni suara sekitar Negara tersebut.

Oleh itu, check this out, klip vedio yang berjudul Affliction dari ALEXANDRIA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.