KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI, adalah sebuah ayat yang selalu diucapkan oleh mereka yang sedang berusaha untuk memajukan diri khususnya dalam bidang perniagaan. BRO LANGAU, antara orang yang selalu menggunakan ayat ini dalam membakar semangat belia belia muzik khususnya di Sabah sejak tahun 2006 lagi.

Dari itu, tergerak hati untuk melangkah setapak lagi dalam penganjuran sesebuah acara iaitu TALK SHOW. Dimana tagline ini dijadikan tajuk TALK SHOW yang bakal dianjurkan pada 29 April 2018 ini nanti.

Talk show ini dianjurkan bertujuan untuk membicarakan mengenai 2 isu yang pastinya “tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas” iaitu isu berkaitan arena muzik diSabah serta pembabitan belia atau anak muda zaman kini didalam bidang perniagaan era digital.

Untuk episod pertama ini, kami akan menjemput beberapa orang panel. Dimana mereka ini memang berada didalam arena masing masing iaitu arena muzik serta arena perniagaan era digital. Mereka akan menjawab beberapa soalan yang akan di kemukakan oleh moderator yang telah di pertanggungjawabkan untuk program ini. Panel panel ini di jemput berdasarkan beberapa faktor. Antaranya mereka adalah orang yang terlibat dalam isu isu yang di bincangkan iaitu isu berkaitan muzik serta pernoagaan anak muda zaman sekarang.

TALK SHOW ini juga akan di kendalikan oleh 2 orang maderator yang masih mentah dan perlukan tunjuk ajar dari anda diluar sana. Sekiranya terdapat kekurangan dan kecacatan sewaktu acara itu berlangsung, mohon maaf terlebih awal. Mereka berdualah yang akan menjadi perantara ataupun orang yang mengajukan soalan soalan padu maut kepada panel yang di jemput nanti.

BRo Langau
Jasz

Tak perlu risau, kerana program ini bukannya formal mahupun serius. Inya tetap santai dan enjoy. masa yang diambil pun tidak begitu lama. Kerana, kami yakin anda pasti bosan mendengar sessi bual bicara. justeru itu, kami akan hidangkan anda/para pengunjung dengan persembahan akustik.

Tribute To Kurt Cobain, pastinya ramai yang kenal dan tahu akan penyanyi kumpulan nirvana ini. Jadi , pada malam itu nanti, beberapa buah kumpulan muzik grunge tempatan juga akan menghburkan kita dengan persembahan seleksi lagu lagu dari kumpulan Nirvana.

Lokasi program ini terletak di tengah bandaraya Kota Kinabalu. yang mana menjadi tumpuan orang awam di waktu malam iaitu A SQUARE CONTAINER KK. Pastinya anda senang mencari menggunakan waze atau gps. tempat yang memang santai dan dipenuhi oleh menu makanan yang lazat serta enak.

Jadi, kepada anak anak muda yang memiliki perniagaan sendiri/produk sendiri tu, boleh daftarkan nama nada pada kami. Caranya hanya perlu inbox detail anda ke ruangan FAN PAGE kami di FB iaitu KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI .  Sama sama kita jayakan program secara langusng ini yang kami rasa ianya satu platform yang bagus untuk anak anak muda zaman sekarang.