Sier Rashid memang sudah tidak asing lagi dikalangan anak remaja serta belia sekitar KL khususnya. Dialah yang membangunkan konsep usahawan pakaian cetak secara meluas menerusi festival pakaian yang amat ramai followernya iaitu TEMPATAN FESTIVAL.

Kini Seir baru sahaja selesai menulis sebuah KITAB bersempena peristiwa yang dihadapi oleh Dunia hari ini iaitu serangan wabak virus Covid-19. Peristiwa yang masih lagi melanda muka bumi ini telah diterjemahkan menerusi lukisan grafik yang kini mula dijual dengan harga RM40 senaskah. Dimana didalamnya terdapat 88 muka surat. Tidak rugi anda beli kerana ianya boleh dijadikan koleksi serta kenangan akan peristiwa ini.

Seir Rashid

…”Musim PKP ialah antara tempoh waktu paling unik pernah kita semua alami. Saya berharap buku ini akan mampu merakam segala yang kita semua alami dan melihatnya sebagai tempoh waktu paling istimewa sepanjang hidup kita”…SR