Bolos ru Bulur

Kumpulan anak muda yang berasal dati Tenom ini sudah mula mendapat nama di hati pengemar muzik underground serta sekitar daerah Tenom, Keningau serta Kota Kinabalu. Mereka yang tampil dengan mengekalkan keunikan muzik suku kaum Murut menerusi pengunaan alat muzik seperti seruling serta gitar sape dalam setiap persembahan mereka.

Gabungan alat muzik tradisional dengan alat muzik moden membuatkan mereka antara kumpulan pemuzik underground yang hebat di pentas gig serta showcase. Tidak rugi atau menyesal bila mana mana penganjur menjemput mereka.

Kelihatan kumpulan ini sedang menyiapkan buah tangan terbaru buat kawan kawan serta penyokong mereka. DImana mereka kini dalam proses enyiapkan lagu baru.

Bolos ru Bulur

Sesiapa yang dah dengar serta lihat persembahan anak anak kelahiran daerah Tenom ini pastinya tahu akan kehebatan serta keunikan mereka. Jadi, sama samalah kita tunggu hasil lagu ini nanti.Semoga Bolos ru Bulur akan terus sukses dan terus bekarya dengan mengekalkan elemen muzik bangsa suku kaum Murut ini.