BLUE JEANS, nama yang tidak asing lagi di pentas battle of the band sekitar tahun 80an. Akan tetapi, nama mereka masih menjadi sebutan khususnya dikalangan warga daerah Tuaran. Mana tidaknya, mereka merupakan kugiran yang berasal dari Tuaran sendiri.

Baru baru ini, mereka tampil sekali lagi sebagai artis jemputan didalam sebuah pertandingan BATTLE OF THE BAND. Pertandingan yang berlangsung di dewan Seri Sulaman ini pastinya di penuhi oleh peminat peminat Blue Jeans serta penyokong kepada peserta yang bertanding pada malam itu.

 

Sunggupun begitu, pastinya kita terasa malah warga Tuaran sendiri akan kehilangan pemain drum asal kumpulan ini iaitu Allahyarham brader Ajis. Seorang yang cukup baik, peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. tidak lokek ilmu serta suka berkongsi pengalaman dalam muzik, khususnya bermain drum. AL-FATIHAH buat mu brader…

Saudara Qammal (berkaca mata) selaku wakil penaja rakaman single kepada kumpulan 3GEN yang di nobatkan sebagai Juara pada malam tersebut.  Dimana kumpulan ini akan meramkan lagu single pertama mereka di BKS Studio yang terletak di Tuaran. Manakala proses Mixing & Mastering akan di lakukan di Loudroom Entertainment yang terletak di Kuala Lumpur.

Dimaklumkan 22 buah kumpulan yang bertanding didalam pertandingan ini. Mereka adalah..

1. SAIREN – TUARAN
2. CHEKEN WINGS – TUARAN
3. HEADBANGER CORE – TUARAN
4. KAPHA RAJA – TUARAN
5. ROCKHEARTPIECE – TUARAN
6. IRON BLACK – TUARAN
7. SWEET SOUND – TUARAN
8. FEMORAL NAIL SYSTEM – KUDAT / TUARAN
9. POWER SLAVE – PITAS
10.SF DOMESTIC – PITAS
11. 3GEN – KOTA MARUDU

12.TEGUH – KUDAT
13. 4AT1 BAND – MENGGATAL
14. FLOODZILD – PAPAR
15. THE RADIAL BAND – KUALA PENYU
16. THE PRESTIGE – MEMBAKUT
17. INVISION – LABUAN
18. NASIRAW – KK
19. ROSE’S BAND – KK
20. FINGERSTYLE – KK
21. T.ONE BAND – KK

22. THE UNISON FIVE – KK

 

Keputusan Battle Of The Band Tuaran 2018

JUARA:- 3 GEN

N.JUARA:- THE UNISON FIVE

KETIGA:- INVISION

 

SAGUHATI

FINGERSTYLE

THE COPYNIUS BAND

CHICKEN WING

TEGUH

 

KETEGORI TERBAIK

  1. VOKALIS TERBAIK :- CHICKEN WING
  2. GITAR TERBAIK:- FINGERSTYLE
  3. BASS TERBAIK :- THE UNISON
  4. DRUM TERBAIK:- 3 GEN
  5. KEYBOARD TERBAIK:- 3 GEN