Minat dalam penghasilan musik dan merupakan satu angan-angan buat sekumpulan anak muda membawa mereka kepada pembentukan sebuah rekod label yang dinamakan sebagai Feel Good Entertainment. Rekod label ini bolehlah dikatakan sebagai baru di Kota Kinabalu yang dibarisi oleh anak-anak muda. Sebagai seorang founder Elmer Cladius Fong meletakkan harapan dan misi jelas ingin memberikan peluang kepada bakat-bakat baru sama ada individu atau pun sebuah band tanpa mengira genre. Dibantu oleh Mohd Adam Yahiya yang merupakan Co-founder, mereka mahu menghasilkan muzik yang berkualiti yang dibantu oleh beberapa komposer, penulis lirik dan kerjasama dengan sebuah studio di Kota Kinabalu.

Kami berkesempatan mendekati mereka dan menerokai perancangan dan misi mereka. Ikuti bual bicara santai yang kami telah jalankan.

Onlinefm             : Boleh share sikit misi Feel Good ini dibentuk?

Elmer                    : Misi kami adalah untuk cuba mencari unfound talent yang muda, mungkin hidden di sekitar Kota Kinabalu atau Sabah.

Onlinefm             : Kamu ada letakkan sebarang genre dalam pencarian bakat?

Elmer                    : Untuk genre, kami tidak letakkan sebarang genre.

Onlinefm             : Katakan ada sebuah band metal ingin berkolabrasi, adakah Feel Good terbuka?

Elmer                    : Ya, kami akan terima. Buat masa ini kami ingin cuba membentuk sebuah band dimana semua line-up adalah perempuan tanpa mengira genre dengan attitude. Dan kami harap kami dapat menghasilkan muzik yang bagus dan dapat mengumpul bakat-bakat muda.

Onlinefm             : Bagaimana idea ini wujud?

Elmer                    : Ideanya datang semasa di sekolah menengah dan passion untuk berkerja dengan muzik. Walaupun saya tidak bermain muzik, saya lebih kepada bidang fotografi tetapi dengan keinginan saya rasa perlu mulakan sesuatu. Pada permulannya, kami ada cover beberapa lagu dan hasilnya sangat teruk sebab pada masa itu kami tidak mempunyai kelengkapan yang cukup.  So, kami berbincang dengan Adam Yahiya dan kami mulakan segalanya.

Onlinefm             : Pada masa ini, adakah Feel Good mempunyai cukup kelengkapan dalam menghasilkan muzik yang bagus?

Elmer                    : Buat masa ini, kami berkerja dengan beberapa producer. Terutamanya Ikwan Syafiq (Iki) dan Bryan. Dan kami mempunyai kelengkapan untuk recording lagu. Kami juga berkerjasama dengan sebuah studio rakaman.

Onlinefm             : Buat masa ini, siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinan lagu?

Adam Angus      : Untuk part mixing totaly indiependent, terpulang kepada apa stuff yang kami ingin hasilkan. Untuk rakaman lagu sendiri kami akan masuk studio, untuk lagu cover kami akan buat rakaman home studio.

Onlinefm             : Siapa yang hasilkan lirik?

Adam Angus      : Lirik dihasilkan oleh saya sendiri, terpulang kepada artis itu sendiri juga jika mereka ada lirik sendiri kami akan cuba memberikan sumbangan yang kami rasakan perlu untuk menghasilkan sebuah lagu.

Onlinefm             : Kamu ada keluarkan sebuah lagu untuk Sabi? Siapa yang hasilkan secara keseluruhan lagu tu?

Adam Angus      : Untuk lagu itu, Iki(Ikwan Syafiq) memulakan dengan beat. Dia menghantar kepada kami dan kami lakukan yang terbaik serta melihat bagaimana kami boleh menghasilkan sebuah lagu dengan beat tersebut.

Sabi

Onlinefm             : Soalan untuk Sabi, kamu lebih kepada genre yang macam mana?

Sabi                        : Saya lebih kepada indie tapi bagi saya, saya boleh menyanyikan banyak genre. Saya selesa dengan genre yang berbeza.

Onlinefm             : Apa perancangan Sabi dengan Feel Good setakat ini?

Sabi                        : Saya ingin membuat lebih lagu lagi dengan Feel Good, sebab Feel Good bagi saya satu rekod label yang bagus.

Onlinefm             : So, secara peribadi untuk semua yang terlibat dalam Feel Good apa harapan yang kamu letakkan?

Adam Angus      : Secara peribadi saya ingin Feel Good berkembang dalam industri. Kita buat secara locally dulu. Kami sangat harapkan talent yang ada dalam Feel Good berjuang untuk muzik mereka dan menjadi diri sendiri dengan identiti tanpa dibayangi oleh mana-mana entiti. Tidak perlu ingin menjadi orang lain, muzik itu sendiri akan membentuk seseorang.

Onlinefm             : Kita melihat ada kebangkitan dalam industri di Sabah terutamanya untuk rapper atau muzik hip-hop atau seangkatan dengannya. Bagaimana anda melihat itu?

Adam Angus      : Kami hormati pencapaian tersebut, kami juga hormati team pemasaran mereka yang mampu menjulang dan meletakkan mereka di satu tempat yang boleh dibanggakan.

Angus The Therapist

Onlinefm             : Untuk Adam Angus sebagai rapper, adakah muzik hip-hop ini perlu datang dengan attitude dan culture?

Adam Angus      : Bagi saya hip-hop adalah seni, kalau mau jump in into hip-hop ia terpulang kepada individu sama untuk menentukan culture sendiri. Kalau paksa ikut culture orang lain, kamu sebenarnya menipu diri sendiri. Bagi saya, saya hasilkan muzik untuk diri sendiri dan saya bawa culture saya sendiri kedalam. Ada banyak artis hip-hop yang menghasilkan lagu-lagu positif tanpa kekerasan, mereka lebih kepada personal life. Saya gunakan seni ini untuk tonjolkan diri sendiri. Bila bercakap pasal attitude, ya.. ia mungkin bagi sesetengah orang mempunyai kesan tapi ia sama dengan genre muzik yang lain, ada orang mendengar muzik keras tapi mempunyai perwatakan yang baik. Muzik tidak akan mampu mempengaruhi jika kita tidak benarkan ia mempengaruhi kita. Kadang-kadang ia cuma satu persepsi.

Onlinefm             : Untuk Elmer, apa lagi perancangan oleh Feel Good sekarang?

Elmer                    : Kami pentingkan originaliti, oleh itu kami sedang belajar dalam mendaftarkan lagu. Ia tentang hak cipta dan kami sedang dalam usaha tersebut dengan sebuah agensi kerajaan.

Onlinefm             : Making muzik is about making money? Anda percaya dengan kenyataan ni?

Elmer                    : Sebenarnya apa yang kami buat sekarang adalah bukan tentang wang, kami belanjakan wang sendiri untuk Feel Good berkembang dan artis yang berada bersama kami. Kami benar-benar ingin artis ini berada pada satu tempat yang kami rasakan mereka perlu disitu.

Onlinefm             : Sebagai soalan terakhir, apa misi yang paling ingin dicapai oleh Feel Good?

Elmer                    : Kami ingin jadikan Feel Good bukan saja sebuah rekod label tetapi merupakan satu platform bagi bakat-bakat muda ini berkembang secara lokal atau antarabangsa. Kita semua faham bahawa muzik kurang diberikan sokongan dalam banyak konteks. Kami akan cuba sebaik mungkin dalam membantu bakat-bakat muda ini untuk mereka terus berkembang dengan Feel Good Entertaiment sebab kami percaya kita mempunyai ramai bakat-bakat muda yang perlu diberikan sokongan.

————end—————–

Buat masa ini Feel Good mempunyai beberapa artis seperti Adam Ronald Angus (Angus The Therapist), Sabryna Uzair (Sabi) dan Duncan Daim (Duncan). Feel Good mengeluarkan lagu single “Apple Juice” yang dibawakan oleh Angus The Therapist dan baru-baru ini mereka merilis satu lagi single oleh Sabi ft Angus The Therapist “Out For a Night”.

Kami di Onlinefm menyokong usaha anak-anak muda ini dalam memberikan platform dan sokongan dalam menghasilkan muzik yang berkualiti. Semoga usaha ini diteruskan dan good luck!

Ikuti perkembangan mereka di Feel Good Entertainment.