STREET SUNGKAI adalah sebuah program santai yang dianjurkan oleh Belia daerah Tuaran, Sabah. Program bersempena bulan yang mulia ini telah berjaya menarik para belia sekitar daerah tersebut.

Selain majlis berbuka puasa beramai ramai dengan konsep tradisi “duduk bersila”, aktiviti ini di serikan dengan lagu lagu dakwah. Sudah tentu, aktiviti yang berteraskan seni pastinya akan menarik minat golongan muda mudi.

Semoga program dakwah santai seperti ini dapat dijadikan contoh oleh kita semua dalam misi mendekatkan diri dengan golongan yang bakal menerajui masa hadapan.