Berada dalam sebuah band bukanlah satu joke yang harus dipandang sebelah mata. Ia perlu ada pengorbanan dan sudah tentulah komitmen yang tinggi. Band juga bukan sandaran untuk mencari nama apatah lagi sebagai pemuas nafsu semata-mata. Kita melihat banyak band datang dan pergi, ada yang meninggalkan kesan ada juga yang berlalu bagaikan angin. Konklusinya adalah kekuatan dan keteguhan sesebuah band akan menentukan arah perjalanan mereka, rapuhnya sesebuah band maka ia tidak akan pergi kemana-mana.

Kali ini penulis sempat bertanya khabar dengan seorang pemuzik yang tidak kurang hebatnya. Boleh bermain drum dan menjadi vokalis malah bermain instrument muzik yang lain. Pinpin merupakan individu yang penulis maksudkan, nama yang begitu dikenali dan merupakan bekas pemain drum untuk band Misgive suatu ketika dulu.

Memandangkan penulis suka bertukar-tukar idea berkenaan isu ini, maka Pinpin menjadi sasaran pada kali ini. Menurut Pinpin berada dalam sebuah band perlu mempunyai beberapa perkara yang perlu diambil kira. Semoga perkongsian ini memberikan sedikit tips dan info kepada kita semua.

DISCUSSION

Band member perlu ada perbincangan. Apa yang perlu dibuat, bagaimana ingin mencapainya, pro dan kontra dan menurut Pinpin perbincangan ini penting untuk menentukan apa sebenarnya kehendak sesuatu band. Tanpa perbincangan arah yang ingin dituju atau sesuatu yang ingin dicapai tidak dapat direalisasikan malah tanpa perbincangan pasti akan menimbulkan masalah dalaman band itu sendiri.

IDEA CONTRIBUTION

Idea merupakan sesuatu pandangan yang terlintas dalam fikiran seseorang individu untuk melakukan sesuatu. Setiap band member perlu memerah idea untuk kelangsungan band, bergantung harap pada individu semata-mata tidak akan membawa sesebuah band ke mana-mana. Pastinya setiap idea pula harus diberikan perhatian agar tidak wujud perkataan ’superior’ dalam sesebuah band.

COMMITMENT

Komitmen adalah satu lagi perkataan yang sering kita dengar. Dalam apa juga bidang pun tanpa komitmen apa yang kita usahakan adalah sia-sia.

BASE ON INTEREST

Berada dalam band sudah semestinya atas dasar minat. Tapi bagaimana pula jika ingin berada dalam band tetapi hanya ingin mengejar nama? Kita fikir-fikirkan bersama.

WANT TO BE MUSICIAN

Ini adalah part yang terakhir dikongsikan oleh Pinpin. Berada dalam band tidak menjadikan seseorang itu seorang ahli muzik, melainkan jika seseorang itu mampu memainkan peranan dan mengeluarkan bakat dan turut menyumbang sesuatu kepada band. Mungkin juga maksud yang Pinpin ingin sampaikan adalah, meletakkan diri sebagai sebahagian daripada hasil yang dikeluarkan

Pinpin dengan bakat baru di Lotus Jamm Studio

oleh band daripada hanya menunggu arahan daripada band member yang lain.

Nampaknya pertemuan yang singkat dengan seorang yang penulis kenal sebagai drummer ini hasilkan info dan tip yang padat. Penulis sempat bertanya sedikit berkaitan personal life Pinpin yang sekarang ini aktif bersama band yang baru dan beberapa projek band dengan rakan-rakan pemuzik yang lain. Juga Pinpin aktif dengan aktiviti di Lotus Jamm Studio yang terletak di Megalong, Penampang.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh Pinpin di Lotus Jamm Studio

Penulis mengharapkan info spontan bersama Pinpin ini dapat memberikan sedikit gambaran sekiranya ada di luar yang mempunyai impian untuk berada dalam sebuah band.

Sumber Grafik : Pinpin & Lotus Jamm Studio