Tahun lepas program ini hanya percubaan mengisi slot BMF yang kosong. DImana sasaran hanya di letakkan kepada 10 peserta sahaja. Namun yang datang mendaftar seramai 18 buah kumpulan. Malah ramai kawan kawan serta guru guru memohon agar ujibakat dilakukan di dibeberapa buah daerah selain Kota Kinabalu.

Justeru itu, tahun ini SCHOOL OF ROCK 2019 telah mengadakan sesi pemilihan di beberapa buah daerah. Antaranya Tawau, Sandakan, Keningau serta Kota Kinabalu. Namun sesi pemilihan di Keningau dibatalkan atas sebab masalah yang tidak dapat dielakkan.

Antara peserta yang menghadiri uibakat di Neolithic Studio Tawau
Antara peserta yang hadir ke padang Bandaran Sandakan
Antara peserta yang hadir ke OBA Studio, Kota Kinabalu

Seramai 11 buah kumpulan akan tampil di pentas akhir pada 20 April 2019 ini di Auditorium JKKN, Sabah.

  1. KU-GI-RAN SMKKJ – KUNAK
  2. D’INFINITY – TAWAU
  3. THE APOCALPSE – SANDAKAN
  4. CANTABILE TRA BAND – SANDAKAN
  5. LAST MINUTE BAND FORMATION – SANDAKAN
  6. THE BROSIST BAND – TAMBUNAN
  7. THE MARTINIAN BAND – TAMBUNAN
  8. VINTAGIOUS BAND – KK
  9. 6TEEN – KK
  10. ALGORHYTHM – KK
  11. SIX AXIS – KK
Edisi terhad

Pertandingan tahun ini, kami menerima tetamu jemputan dari Jakarta Indonesia iaitu Saudara Adev Chudaiva. Beliau adalah seorang guru muzik & pengiat muzik di Indonesia. Beliau akan bersama sama dalam pertandingan ini dan menjadi juri jemputan.

Adev Chudaiva

Selain Adev, kita bakal menyaksikan persembahan daripada seorang pemain drum yang berusia 6 tahun iaitu Adik Adeeb Rizki Bin Junaidi.

Adeeb Rizki Bin Junaidi (6 tahun)

Dan juga kita bakal melihat kehebatan seorang lagi remaja yang baru berusia 14 tahun iaitu Adik Nazrin Aidil Bin Asdar yang akan tampil dengan gitar Bassnya.

Nazrin Aidil Bin Asdar (14thn)

Pertandingan ini bermula pada jam 7 malam dan orang ramai di jemput hadir bagi memberikan sokongan dan dorongan kepada anak anak remaja yang bakal mewarnai arena muzik tempatan di sabah masa akan datang ini.