Pada penghujung bulan December lepas, satu pertandingan muzik WAR OF BAND telah berlangsung . Dimana program ini adalah berbentuk pertandingan BATTLE OF THE BAND. Dimana, JOE WINGS selaku mastermind dalam pertandingan ini mencari anak didik untuk dijadikan PROTEGE.

Pertandingan terbahagi kepada 4 peringkat iaitu:-

Peringkat saringan pertama berlangsung pada 5 Nov 2016 di Johor Baharu
Peringkat saringan kedua berlangsung pada 12 Nov 2016 di Ipoh
Peringkat ketiga berlangsung pada 19 Nov 2016 di Kuala Lumpur
Peringkat AKHIR berlangsung pada 26 Nov 2016 di Serdang (MAEPS)

Dalam ramai ramai peserta, terdapat sebuah kumpulan yang berasal dari Lahad Datu Sabah iaitu DAT-U. Rasanya nama ini sudah tidak asing lagi sekitar daerah tersebut dan yang hampir dengannya. Sebuah kumpulan muzik yang memang mempunyai semangat yang tinggi dalam seni muzik. Dengan sikap kesungguhan kumpulan ini, mereka telah dapat tajaan tiket penerbangan dari seorang yang berpangkat DATO di Lahad Datu.

Mereka telah mencuba nasib dalam pencarian anak didik JOE WINGS ini dalam pertandingan WAR OF BAND tersebut. Siapa sangka, rezeki berpihak kepada DAT-U. Mereka telah di nobatkan sebagai tempat ketiga didalam pertandingan tersebut. Secara langsung akan menjadi anak didik JOE WING. Selain wang tunai, mereka juga mendapat hadiah percutian di sebuah pulau perangginan yang terkemuka di tanahair.

DAT-U dari lahad Datu, Sabah

Bukan itu sahaja, DAT-U bakal mengeluarkan sebuah album rakaman yang mana album tersebut akan di kendalikan oleh JOE WINGS sendiri sebagai MENTOR kumpulan ini.Sememangnya, pengalaman menimba ilmu muzik bersama seorang pemain gitar tersohor di Malaysia bukan semudah yang di sangka. pengorbanan masa dan wang ringgit telah di laksanakan demi mengejar cita cita dan minat anak seni dari Lahad Datu ini.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kumpulan DAT-U atas kejayaan ini. Semoga anda akan terus bekarya dan berkongsi pengalaman dengan anak anak muzik masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.