Me Gusta sebuah band alternatif rock yang sinonim dengan rentak dan bunyi yang ‘fresh’ dan ‘catchy’ melancarkan album baru yang memuatkan 9 track.

Bertempat di Marslivekk Kota Kinabalu semalam, pelancaran simbolik Me Gusta sebagai band yang sangat menyinar di Kota Kinabalu ini menghimpunkan penyokong dan media serta berkongsi pengalaman dalam pembikinan album terbaru mereka.

Tidak dinafikan sebuah band yang aktif ini mempunyai idea kreatif dalam pembikinan lagu juga merupakan sebuah antara band yang paling aktif dalam mengeluarkan material baru.

Darryl gitaris & vokalis Me Gusta sedang menjawab soalan dari rakan media yang hadir pada pelancaran album baru mereka

Band yang pada permulaanya menampilkan diri sebagai sebuah band untuk battle of the band ini terus menghasilkan karya yang pada pandangan penulis mempunyai kualiti dan sudah jauh ke depan dalam karya-karya muzik dalam negara.

Antara track yang mereka muatkan dalam album ini adalah Modern Madievel, The Sun Will Rise Again, Ginger Snaps, Dangerous, Illusionist, Give Me Some Love, Joker, Keep Moving On dan The Wanderer.

Me Gusta yang juga akan tampil di Live Stage Bazzar Music Fest #10 ini membuktikan mereka bukan lagi sebuah band yang boleh di pandang sebelah mata, apatah lagi showmanship mereka di atas pentas dan pembikinan lagu demi lagu semakin menonjolkan bahawa mereka sebuah band yang semakin matang, berkualiti malah serius dalam berkarya.

Kami di Onlinefm mengucapkan tahniah dan semoga Me Gusta terus bersinar.

Antara satu cara untuk mendapatkan album baru Me Gusta adalah dengan cara berhubung terus melalui laman sosial mereka.

https://www.facebook.com/kkmegustaofficial/