Tangal 22 Jun ini yang jatuh pada 8 syawal nanti akan berlangsungnya satu program santai Aidilfitri anjuran Komuniti Busker di daerah Sandakan. Seramai 8 buah kumpulan buskers dan beberapa artis baru Sandakan bakal menghiburkan para pengunjung Mom’s Kitchen Recepi itu nanti. Restoran ini terletak di Taman Mawar, batu 5. Lagi mudah, anda boleh gunakan WAZE sahaja untuk kesini nanti.

Antara artis yang bakal membuat persembahan adalah seperti berikut:-

  • MAWAR BUSKERS
  • SUKA SUKI
  • DAS ACOUSTICA
  • PIRJA
  • SURIA BUSKERZ
  • SENTUHAN
  • ANABELLA
  • ATLUS BUSKERZ
  • LAI NORMAN
  • PETUALANG

Anda semua di jemput hadir beramai ramai bagi memberi sokongan serta memeriahkan lagi suasana program ukhwah ini. Sekali gus dapat mengenali bakat bakat baru dalam arena/scene muzik tempatan, khususnya di daerah Sandakan.