BOYRAZAK merupakan seorang komposer dan juga pemuzik yang kini cuba melahirkan artis artis di bawah syarikat beliau iaitu A&R Production . Beliau juga antara penaja jingle rasmi onlinefm pada awal penglibatan onlinefm di media internet 5 tahun lepas. Hingga kehari ini, jingle tersebut dimainkan di onlinefm setiap hari sejak tahun 2010 lagi. Kami difahamkan untuk menghasilkan sesebuah jingle ianya bukannya sesuatu yang mudah. Malah memerlukan idea yang kreatif dan pengalaman yang luas dalam bidang penggunaan software. Apapun, terima kasih kepada saudara BOYRAZAK.
Kini saudara BOYRAZAK sedang aktif didalam studio beliau untuk proses rakaman lagu artis artis beliau. Antara artis baru yang sedang mencari peluang untuk di ketengahkan adalah ERYN, MUHAMMAD AS-SUHAIMI dan terkini beliau sedang menyiapkan scoring muzik untuk sebuah filem BOLLYWOOD yang bertajuk I AM NOT ARE TERRORIST yang akan di tayangkan di pagawam pada Mac 2017 akan datang.

ERYM yang kini mempromosikan albumnya yang memuatkan 10 buah lagu. Antaranya:-

  1. Bas Sandakan KK Tawau
  2. Hanya Di Mimpi Ku
  3. Aku Binggung
  4. Bicara Hati
  5. Pengemis Cinta
  6. Ku Berdiri
  7. Joget Kinabalu
  8. Natijah Cinta
  9. Jauh Diperantauan
  10. Tersisa Cinta
Untuk menyiapkan sesebuah album ini, ianya memakan masa setahun lebih. Itu antara penyebab kenapa BOYRAZAK sunyi dari aktiviti muziknya. Dia berusaha untuk menyiapkan album artis artis di bawah lablenya sendiri. Inilah dunia muzik tempatan di Malaysia.

 Selain menyiapkan album, BOYRAZAK juga sedang sibuk membuat muzik soundtrack untuk sebuah filem tempatan yang berjudul I AM NOT ARE TERRORIST. Yang akan di tayangkan pada bulan MAC 2017. Yang mana, filem ini adalah keluaran anak tempatan di bawah nama syarikat WME. Saya difahamkan bahawa filem ini akan dipasarkan ke peringkat antarabangsa terutamnya di negara India sendiri. Sama sama kita nantikan kemunculan filem ni nanti.

Boy Razak

Saya sendiri tidak sabar mendengar muzik soundtrack dan meihat filem ini. Sememangnya kita harus terus menyokong kreativiti anak anak tempatan dalam penglibatan dalam bidang seni ini. Tidak kisahlah samada ianya dalam industri muzik mahupun perfileman. Apapun, tahniah kepada BOYRAZAK atas pencapaian selama ini yang juga salah seorang ahli kumpulan muzik JUMP-P

Total Page Visits: 820 - Today Page Visits: 1

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.