Adelaide, Australia disinilah lokasi tempat RAVIE VARMAAN berada sekarang.atau lebih selesa dengan panggilan RAVIE. Seorang penyanyi yang berbakat dalam penciptaan lagu. Bahkan, beliau adalah pemuzik yang memperjuangan muzik bergenra mendiang Bob Marley di kota Kangaroo ini.

Sebenarnya beliau adalah orang Malaysia dan lahir di Kuala Lumpur. Atas sebab ingin maju dalam bidang yang di ceburi iaitu muzik, beliau telah berpindah ke negara Australia dan mengembangkan perniagaan serta bakatnya disana. Selain menyanyi secara solo, beliau juga sentiasa tampil di open show secara berkumpulan. Pastinya seleksi lagu lagu yang di persembahkan kepada penonton sudah tentu bergenra reagge. Kerana muzik reagge ini mempunyai auranya tersendiri. Selain menyanyi, beliau juga pemilik ONE PLANET ENTERTAINMENT.

YOU ARE BEAUTIFUL, adalah buah tangan terbaru dari RAVIE. Beliau sedang mempromosikan lagu single ini kesetiap station radio frekuensi mahupun internet seluruh dunia. Lagu ini telah di kongsikan kepada ONLINEFM pada bulan Mei. Kini lagu tersebut boleh didengari di onlinefm menerusi laman web www.onlinefm.net.my setiap hari tanpa henti.

RAVIE kini dalam proses menyiapkan video klip untuk single tersebut. Difahamkan akan berada di youtube dalam masa terdekat. Jadi, jangan lupa untuk FOLLOW fb page RAVIE dan sokongan anda amatlah di harapkan.

Kami di ONLINEFM juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr RAVIE atas kesudian beliau berkongsi lagu lagu beliau kepada kami. Walaupun beliau berada nun jauh di sana, namun ianya bukan menjadi halangan untuk bekarya. Kurang 1 minit, lagu tersebut sudah boleh di dengari seluruh dunia.

Good luck Mr Ravie & thankx for support Onlinefm.

Kalau bukan KITA, SIAPA lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published.