D’ Schoolmate Band

 D’ SCHOOLMATE BAND adalah sebuah kumpulan muzik yang terdiri dari pelajar pelajar sekolah. Mereka ini adalah anak didik seorang guru yang memang dikenali dengan bakatnya dalam muzik rock iaitu Cikgu Roslee. Beliaulah tulang belakang kepada penubuhan kumpulan muzik ini. Dari mula mengenal muzik, hingga memperolehi kejayaan baru baru ini mendapat tempat ke3 dalam pertandingan BATTLE OF THE BAND . Anjuran salah sebuah pasaraya terbesar di daerah Tawau.

Cikgu Roslee (kiri)
Boleh dikatakan, pengorbanan cikgu Roslee dalam mendidik anak anak muda ini bukan senang kita temui di zaman sekarang ini. Dimana, kebanyakkannya pelajar pelajar sekolah lebih cenderung kepada gadjet & media sosial. Namun, adik adik kecil ini tekun dan mempunyai semangat kental dalam meneruskan perjuangan mereka dalam hobi yang mereka minati iaitu bermain muzik.
Saya yakin dan pasti, cikgu Roslee sudahpun merancang perjalanan anak anak didiknya ini bagi tahun 2017. Pastinya proses memperbaiki mutu persembahan dan skill di atas pentas adalah antara faktor yang mereka perkembangkan. Di Sabah ini pun, khususnya di Tawau sendiri memang sukar mendapatkan peluang untuk membuat persembahan di pentas terbuka. Apatahlagi membuat persembahan di khalayak ramai. Mungkin dengan cara mencari peluang & ruang di daerah lain antara cara yang dapat menambahkan lagi pengalaman adik adik kita ini. Dengan cara bermain di tempat orang, besar kemungkinan adik adik ini mampu bersaing dan mengetahui sejauh mana kemampuan mereka.  

 Kepada Cikgu Roslee, tahniah di ucapkan atas pengorbanan anda sebagai seorang guru. Bukan mudah untuk melahirkan bakat bakat muda dalam aliran seni muzik ini. Pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit antara yang dilalui. Semoga pengorbanan cikgu dapat di hargai oleh masyarakat umum, khususnya warga Tawau, dan peminat muzik tempatan di Sabah.

Semoga D’ SCHOOLMATE ini akan lebih aktif dan lebih dikenali di daerah Tawau. malah dapat membawa nama Tawau lebih tinggi dalam arena muzik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.