support@yourdomain.com

VONDER

VONDER
Artist Name
VON/VONDER
Birth Place
Ranau, Sabah
Genres
POP
Follow

VONDER  Biography

NAMA PENUH : LYVONDER CRYIASUS

NAMA PENTAS : VON / VONDER

TARIKH LAHIR : 24 OKTOBER 1991

UMUR : 26

NEGERI KELAHIRAN : RANAU, SABAH

Vonder atau Lyvonder mula menjinakkan diri dalam kegiatan bidang muzik ini sejak dari zaman persekolahan lagi. Banyak pertandingan kecil yang telah disertai untuk beliau menimba pengalaman sedikit demi sedikit sehingga lah kini, beliau telah memenangi beberapa gelaran Juara bagi pertandingan menyanyi tersebut. Anak kelahiran Ranau, Sabah ini juga bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan menyertai pertandingan drama pentas Bahasa Malaysia dan English. Pernah mewakili sekolah ke peringkat daerah gabungan.

Bagi zaman universiti pula, beliau telah menyertai sebuah drama muzikal dan di berikan kepercayaan untuk memegang watak muzikal utama untuk menyanyikan pelbagai jenis lagu di dalam drama tersebut. Beliau juga banyak menyertai pertandingan koir dan juga tarian. Bagi pencapaian yang terbaik bagi beliau adalah mendapat pass ‘Menuju Puncak’ semasa ujibakat Akademi Fantasia 2016.Daripada beribu-ribu orang yang datang, beliau adalah merupakan salah seorang daripada 27 peserta yang lepas kesemua stage dalam ujibakat tersebut. Namun rezeki tidak menyebelahi beliau apabila tidak dicatatkan sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia 2016.

Dari situ beliau mula semakin serius dalam bidang seni tidak kira dalam lakonan mahupun nyanyian. Bakat nyanyian beliau disedari oleh komposer Rosli Ahmad dan telah diberi kepercayaan untuk terus melangkah jauh dalam bidang nyanyian dengan memberikan sebuah lagu yang bertajuk Kuatkanlah Aku. Kuatkanlah Aku adalah lagu yang diberi anugerah khas juri di dalam program percarian bakat baru iaitu Radical Starz Search anjuran Rosli Ahmad.

Selain komitmen yang tinggi, bakat Lyvonder juga sangat menyerlah di dalam Radical Starz Search dan berjaya menarik perhatian Rosli Ahmad termasuk juga komposer yang turut bekerjasama dalam program Radical Starz Search. Lyvonder juga menaruh harapan terhadap single pertama beliau ini. Beliau kini sedang bergiat aktif untuk mempromosikan single beliau di siaran radio online, media sosial dan lain-lain. Semoga terhasilnya single ini akan menyemarakkan lagi lagu di dalam industri muzik Malaysia.

 

Sinopsis single KUATKANLAH AKU…

Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang masih merindui saat-saat ataupun kenangan indah yang lalu bersama kekasihnya. Namun, kekasih yang pernah dikenalinya tiba-tiba berubah dan sering menyakiti hati dia dengan memberikan jawapan yang tidak munasabah sehingga terluka hatinya. Walaupun begitu, dia hanya berserah kepada Tuhan untuk memberikannya kekuatan untuk menerima segala takdir hidup dan semoga takdir ini akan ada hikmahnya di hari lain nanti untuk dia menerima seseorang yang lebih baik dalam hidupnya.

 

 

 

64total visits,3visits today

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

More Artist From: 

A.N.I.P

A.N.I.P

Solo
SENTILINA

SENTILINA

Solo

More Albums From: VONDER

KUATKANLAH AKU

KUATKANLAH AKU

Indiependent, Indiependent