SALEM SERVANTS

SALEM SERVANTS
Artist Name
SALEM SERVANTS
Born Date
20/12/2016
Birth Place
BRUNEI DARUSSALAM
Genres
ALTERNATIVE, PUNK, ROCK
Follow

SALEM SERVANTS  Biography

Salem Servants ialah sebuah underground band yang berasal dari Brunei Darussalam, iaitu dari Bandar Seri Begawan dan Temburong. Kumpulan ini terdiri daripada penyanyi utama serta pemain gitar kedua Najib Basman, pemain gitar utama serta penyanyi latar Willson, pemain bes Tom, dan pemain dram Ajik.

Pada asalnya, Salem Servants ditubuhkan secara berdua, iaitu Najib dan Ajik, di Neez Home Studio pada 21 Disember 2016. Mereka telah menghasilkan Demo EP yang berjudul Dunya pada 19 Februari 2017 yang mengalirkan bunyi rock alternatif, grunge, dan punk. Lagu-lagu yang dihasilkan adalah seperti ‘Kifarah’, ‘Sengsara’, dan ‘Sedalam 7 Kaki’ di mana lagu-lagu tersebut juga dirakam oleh mereka sendiri.

 


Setelah setahun kemudian menyertai local underground gig bersama beberapa sessionist, kumpulan ini telah dilengkapkan oleh Tom dan Willson. Dengan adanya pemain tetap yang lengkap, kini telah memudahkan perjalanan Salem Servants untuk meneruskan perjuangan mereka.

Pada tahun 2018, kumpulan ini telah menyertai gig di luar Brunei seperti Street Jam di Bintulu dan Rock Jam Part II di Barthyme, Miri, serta diakhiri di tanah air sendiri dengan menyertai Bring It Alive! di Panaga Club, Brunei. Mereka memulakan tahun 2019 dengan menyertai Trial Rev Gig di Miri bersama kumpulan-kumpulan yang lain seperti Hangs, Pemuzik Kena Reject, Treasoner’s Loyalty, dan Alexandria.


Beberapa buah lagu mereka yang lain dapat didengari di media sosial seperti Bandcamp, SoundCloud dan YouTube. Buat masa seketika, mereka masih berusaha untuk menghasilkan lagu ciptaan sendiri meskipun setiap anggota kumpulan sibuk bekerja dan melanjutkan pembelajaran mereka. Untuk rancangan masa depan, mereka ingin memberi tumpuan untuk merakam lagu-lagu mereka yang lain dan menyertai beberapa gig di dalam mahupun di luar Brunei Darussalam, jika diberikan masa dan peluang.

Gaya muzik mereka berasaskan punk yang beretika DIY. Namun, di pandangan para pendengar, muzik Salem Servants dilihat sebagai grunge. Sekarang mereka mecuba ke arah yang lebih alternatif. Mereka tidak malu menyampaikan lagu-lagu mereka di dalam Bahasa Melayu dan penulisan lagu bertemakan kisah tersirat tentang kesedihan dan kemarahan di dunia sebenar dan orang sekitarnya.

Ahli Kumpulan:
Najib Basman – penyanyi utama, pemain gitar kedua
Willson – pemain gitar utama, penyanyi latar
Tom – pemain bes
Ajik – pemain dram

119total visits,2visits today

More Artist From: ,

READY O

READY O

Indiependent Band
RAVIE

RAVIE

International
FACULTY OF JOY

FACULTY OF JOY

Indiependent Band
KOYOKIE

KOYOKIE

Indiependent Band
ALPHABETICAL THEORY

ALPHABETICAL THEORY

Indiependent Band