PLUZ MINUZ BAND

PLUZ MINUZ BAND
Artist Name
PLUZ MINUZ BAND
Born Date
20/05/2015
Birth Place
KOTA MARUDU, SABAH
Genres
POP ROCK
Follow

PLUZ MINUZ BAND  Biography

Cetusan idea dari saudara Lee menubuhkan band yang dikenali sebagai The Silence Band pada 20 May 2015.Permulaan langkah pertama buat The Silence Band dimana menyertai Battle Of Band dianjurkan di The One Pub Kota Marudu pada 26/05/2019 dengan membawa lagu dari Cokelat berjudul Karma serta The Cranberries berjudul Zombie yang dinyanyikan oleh saudari Ivy,pemain gitar saudara Boy,pemain bass saudara Fendy dan pemain drum saudara Lee.Pertandingan tersebut telah menobatkan The Silence Band di tempat ke-3 dimana saingan kesemua band amat baik.Ia merupakan percubaan pertama buat The Silence Band.

Dalam tahun yang sama juga,The Silence Band menyertai pertandingan Battle Of Band di Kudat bertemakan musik retro dimana The Silence Band membawakan lagu Malam Pesta Muda Mudi dinyanyikan oleh adik kandung saudara Lee bernama Emma,pemain gitar saudara Boy,pemain bass saudara Fendy,pemain drum saudara Lee.
Pertandingan berlangsung amat sengit,The Silence Band tidak mendapat tempat akan tetapi ianya merupakan suatu cabaran serta pengalaman ahli untuk menyertai pertandingan Battle Of Bands di masa akan datang.

Bermula bulan Ogos tahun 2015, saudara Lee telah memperkenalkan ahli baru posisi sebagai pemain drum yang berasal dari semenanjung dikenali sebagai Fik.Dimana Lee selaku pemain drum telah bertukar ke posisi sebagai pemain keyboard.The Silence Band sekali lagi mencipta nama di dalam pertandingan Battle Of Bands Di Kolej Komuniti Kota Marudu pada 29/09/2015 dengan membawa lagu Cokelat-Karma serta Medley Pawana Pelesit Kota yang dinyanyikan oleh Lee,pemain gitar Boy,pemain bass Fendy,pemain drum Fik.Anjuran hari terbuka Kolej Komuniti ini telah menobatkan The Silence Band sebagai Naib Juara Battle Of Bands.

Di pengakhiran hujung tahun 2015 bertarikh 15 Disember penganjuran Battle Of Bands oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bertempat di Tomborungus Kudat,The Silence Band telah menyertai pertandingan tersebut di peringkat saringan dan layak masuk ke peringkat akhir.Daripada 19 Band seluruh Sabah,The Silence Band hanya mendapat tempat ke-8 dengan membawa lagu Cokelat-Karma,Medley Pawana Pelesit Kota.Biarpun tidak bergelar juara tetapi semangat ahli terdiri daripada Lee (Penyanyi),Fik (Drummer),Fendy (Bass),Boy (Gitar) diteruskan tanpa mengenal erti penat lelah disamping merapatkan ukhwah silatrurahim sesama band yang lain.Pada masa yang sama saudara Lee telah memperkenalkan ahli baru iaitu saudara Mail selaku Pemain Gitar kedua The Silence Band.

Cetusan idea untuk membuat lagu ciptaan daripada perbincangan sesama ahli kumpulan,dimana terhasilah lagu ciptaan yang disusun atur lirik oleh saudara Lee dan Fik serta susunan muzik oleh saudara Fik,Lee,Fendi,Mail dan Boy.Lagu ciptaan pertama berjudul Kuciwa hasil idea saudara Lee,lirik oleh sausara Fik,dan musik oleh The Silence Band bertemakan genre Slow Rock yang dirakam oleh saudara Chet BMT Studio Recording & Jamming Penampang.2 minggu selepas rakaman lagu pertama,maka terhasilah lagu ciptaan yang mempunyai 4 lagu berlainan jenis kategori musik terhasil daripada cetusan idea saudara Fik dan Lee,perbincangan sesama ahli kumpulan dengan lagu berjudul Bingung,Selamat Tinggal,Aku dan Sumandak Sabah yang berjaya dirakam di syarikat rakaman yang sama.

Festival Tahun Baru Cina di Salimpodon Pitas anjuran Dato’ Sri Dr Ruddy Awah pada tahun 2016 pertama kalinya membawa The Silence Band untuk menyertai pertandingan Battle Of Bands dimana kesemua band yang menyertai pertandingan tersebut merupakan yang terbaik.The Silence Band mendapat tempat ke-5 di dalam pertandingan tersebut dengan membawa lagu ciptaan berjudul Aku-The Silence Band dan Cokelat-Karma yang dianggotai oleh saudari Ivy (Penyanyi),Boy (Gitar),Fendi (Bass),Lee (Keyboard) dan Fik (Drummer).Saudara Lee telah dinobatkan sebagai pemain Keyboard terbaik.

Pada Mac tahun 2016, Penyanyi utama The Silence Band,saudari Ivy mengundurkan diri dalam perjuangan bersama kerana komitmen bagi menyambung pelajaran di Uitm Kota Kinabalu Sabah.
Pada Jun 2016,The Silence Band dijemput untuk membuat persembahan secara langsung Fun Fair Kota Marudu di tapak Pasaraya Servay yang dengan membawa lagu ciptaan Aku,Bingung,Kuciwa,Selamat Tinggal,Sumandak Sabah serta lagu cover diubah suai ke Rock Modern iaitu Bunkface-Malam Ini Kita Punya,Cassandra- Cinta Terbaik,Fynn Jamal-Arjuna Beta yang terdiri daripada Lee (Peyanyi),Fendi (Bass),Boy (Gitar),Fik (Drummer).

Pada Ogos,saudara Fendi (Pemain Bass) megundurkan diri dalam perjuangan bersama kerana komitmen tersendiri yang tidak dapat dielakkan.Bagi meneruskan perjuangan bersama,saudara Mail mengambil alih sebagai Pemain Bass The Silence Band.
November 2016,The Silence Band dijemput oleh salah seorang Pengurus Brd dikenali sebagai Bobby untuk membuat persembahan secara langsung di Brd Lifestyle Cafe.The Silence Band menerima tawaran berkenaan bagi tujuan menambah pengalaman dalam persembahan secara langsung.The Silence Band terdiri daripada Lee (Penyanyi),Boy (Gitar),Mail (Bass),Fik (Drummer).The Silence Band hanya membuat persembahan selama 02 Bulan kerana saudara Mail (Pemain Bass) megundurkan diri kerana komitmen terhadap kerjayanya yang hakiki.

Awal tahun 2017,hasil perbincangan bersama ahli kumpulan yang terdiri daripada Lee,Boy dan Fik telah membuay keputusan meneruskan perjuangan bersama dengan menukar nama kumpulan daripada The Silence Band kepada Pluz Minuz dimana idea tercetus hasil daripada saudara Fik yang membawa maksud Pluz itu adalah penambahbaikan dalam permainan musik,persembahan serta Minuz adalah yang kurang dan lemah dari segi permainan,persembahan diambil berat untuk kebaikan bersama diibaratkan seperti ” yang baik dijadikan teladan,yang buruk djadikan sempadan”.

Bermulanya perjalanan bertiga dalam kumpulan musik,tidak mematahkan semangat sebagai orang baru dalam dunia hiburan Pluz Minuz telah menyertai Pertandingan Lagu Ciptaan di Salimpodon Pitad sempena Festival Tahun Baru Cina di Salimpodon Pitas anjuran Dato’ Sri Dr Ruddy Awah dengan menggunakan minus one lagu berjudul Selamat Tinggal.Pertandingan tersebut telah menobatkan Pluz Minuz di tempat ke-4 dengan saingan sengit dengan persembahan yang terbaik oleh peserta yang lain.

Pluz Minuz juga bersama kumpulan lain turut sama membuat persembahan amal,busking di sekitar Kota Marudu bagi meneruskan minat disamping mempromosikan lagu ciptaan bagi tujuan hiburan buat orang ramai.02 Dec 2017,Pluz Minuz telah berganding bahu bersama Lemonade Band bagi menyertai pertandingan busking mencipta lagu sempena kempen hari Aids Sedunia yang diadakan di tapak letak kenderaan Pasaraya Servay Kota Marudu mendapat tempat ke-3.

Perancangandi awal tahun 2019,Pluz Minuz berusaha untuk menyiapkan dan meneruskan karya menghasilkan lagu ciptaan berjudul Bekalan Chenta,My Mrs Secret,Misteri MH370,Cinta Dikaulah Sayang,Aku Dan Kau,Dara Dan Teruna,Andainya,Hey Chenta,Mengapa,Ada Kamu,Derita Si Pemuja,Kasihku Pergi

*AHLI KUMPULAN*

-Lee (Singer/Bass)
-Boy (Gutarist)
-Fik (Drummer)

*BEKAS AHLI KUMPULAN*

– Ivy (Penyanyi)
– Fendi (Bassist)
– Mail (Gutarist/Bassist)

303total visits,1visits today

More Artist From: 

READY O

READY O

Indiependent Band
FACULTY OF JOY

FACULTY OF JOY

Indiependent Band
KOYOKIE

KOYOKIE

Indiependent Band
ALPHABETICAL THEORY

ALPHABETICAL THEORY

Indiependent Band
UNDOREDO

UNDOREDO

Indiependent Band