LYVONDER CRYIASUS

LYVONDER CRYIASUS
Artist Name
VON / VONDER
Born Date
24/10/1991
Birth Place
SANDAKAN
Genres
POP
Follow

LYVONDER CRYIASUS  Biography

Lyvonder mula menjinakkan diri dalam kegiatan bidang muzik ini sejak dari zaman persekolahan lagi. Banyak pertandingan kecil yang telah disertai untuk beliau menimba pengalaman sedikit demi sedikit sehinggalah kini, beliau telah memenangi beberapa gelaran Juara bagi pertandingan menyanyi tersebut. Anak kelahiran Sabah ini juga bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan menyertai pertandingan drama pentas Bahasa Malaysia dan English dan pernah mewakili sekolah ke peringkat daerah gabungan.

Bagi zaman universiti pula, beliau telah menyertai sebuah drama muzikal dan di berikan kepercayaan untuk memegang watak muzikal utama untuk menyanyikan pelbagai jenis lagu di dalam drama tersebut. Beliau juga banyak menyertai pertandingan koir dan juga tarian. Bagi pencapaian yang terbaik bagi beliau adalah mendapat pass ‘Menuju Puncak’ semasa ujibakat Akademi Fantasia 2016. Daripada beribu-ribu orang yang datang, beliau adalah merupakan salah seorang daripada 27 peserta yang lepas kesemua stage dalam ujibakat tersebut.

Namun rezeki tidak menyebelahi beliau apabila tidak dicatatkan sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia 2016. Dari situ beliau mula semakin serius dalam bidang seni tidak kira dalam lakonan mahupun nyanyian. Bakat nyanyian beliau disedari oleh komposer Rosli Ahmad dan telah diberi kepercayaan untuk terus melangkah jauh dalam bidang nyanyian dengan memberikan sebuah lagu yang bertajuk “Kuatkanlah Aku”. “Kuatkanlah Aku” adalah lagu yang diberi anugerah khas juri di dalam program percarian bakat baru iaitu Radical Starz Search anjuran Rosli Ahmad.

Selain komitmen yang tinggi, bakat Lyvonder juga sangat menyerlah di dalam Radical Starz Search dan berjaya menarik perhatian Rosli Ahmad termasuk juga komposer yang turut bekerjasama dalam program Radical Starz Search. Dalam masa yang sama, beliau juga telah mengeluarkan satu lagi single bertajuk “Salam Cinta” hasil lirik & lagu daripada Jackson Pogun dan hasil kerjasama Radical Record & Artist, Rosli Bin Ahmad sekali lagi. Lyvonder juga menaruh harapan terhadap kedua-dua single beliau ini.

Beliau kini sedang bergiat aktif untuk mempromosikan single beliau di siaran radio online, media sosial dan lain-lain. Semoga terhasilnya single ini akan menyemarakkan lagi lagu di dalam industri muzik Malaysia.

 

 

102total visits,1visits today

More Artist From: 

A.N.I.P

A.N.I.P

Solo
SENTILINA

SENTILINA

Solo
VONDER

VONDER

Solo